Buletin

TEMPOH OPERASI PUSAT SERVIS PEUGEOT DILANJUTKAN

Sempena kedatangan musim perayaan dan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) kini melanjutkan tempoh operasi semua outlet Peugeot di seluruh negara.

 Peugeot-service-centre-mekanika (2)

Mulai 2 hingga 17 Februari 2015, pusat servis Peuegot akan dibuka sehingga pukul 8 malam pada hari bekerja dan 5 petang pada setiap Sabtu. Sebelum ini, waktu operasinya adalah dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang (hari bekerja) dan 8 pagi hingga 1 petang pada Sabtu.

“Inisiatif ini akan memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk menyelenggara kenderaan masing-masing,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

Kempen tempoh servis lanjutan ini adalah untuk servis standard. Para pelanggan yang menghantar kenderaan mereka dalam tempoh ini juga akan menerima hadiah eksklusif dan pemeriksaan 30 poin secara percuma.

Pelanggan diminta supaya membuat temu janji terlebih dahulu. Maklumat lanjut, sila hubungi Peugeot Careline di talian 1-800-88-6292. Peugeot kini memiliki 35 outlet di seluruh negara dengan Peugeot Taiping bakal dilancarkan pada 5 Februari 2015. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button