Buletin

CCB GEORGETOWN AUTOHAUS KINI DIBUKA

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini meraikan Inovasi 130 tahun jenama tersebut di Cycle & Carriage Bintang (CCB) Georgetown Autohaus di Pulau Pinang. 

batch_CCB-Northern- Georgetown (1)

Sambutan itu nyata selari dengan kerjasama yang sudah lama terjalin bersama pengedarnya, CCB. Sambutan Inovasi 130 tahun sebenarnya adalah untuk meraikan penghasilan kenderaan oleh Mercedes-Benz pada tahun 1886.

Di Malaysia, warisan jenama ini bermula apabila kenderaan Mercedes-Benz yang pertama dijual pada tahun 1951. MBM memiliki rangkaian pengedaran paling ekstensif dengan 28 pengedar sah di seluruh negara.

batch_Feature Vehicle Area

CCB Georgetown Autohaus baru sahaja dinaik taraf dan menelan belanja sebanyak RM4 juta. Memiliki keluasan 33,489 kaki persegi, Autohaus ini menawarkan Mercedes-Benz Presentation System II, ruang pameran yang boleh menempatkan tujuh buah kenderaan, sebuah lounge dan 14 ruang penyelenggaraan.

Pusat pameran ini cukup unik kerana ia merupakan sebuah bangunan warisan yang diiktiraf oleh UNESCO. Biarpun begitu, ia tetap menampilkan konsep kemewahan moden dan memaparkan indentiti korporat terkini Mercedes-Benz. Proses naik taraf ini melibatkan bahagian hadapan untuk urusan jualan dan selepas jualan.

batch_IMG_1428

Pada tahun 2011, CCB mengambil alih Lowe Motors Sdn.Bhd. dan dikenali sebagai Cycle & Carriage Bintang (Northen) Sdn. Bhd. Langkah itu membolehkan CCB mempunyai akses kepada jualan jenama tersebut di wilayah utara.

“Pelaburan keseluruhan untuk pasaran utara kini mencecah RM20 juta sejak tahun 2011. Kami akan menaik taraf Autohaus di Juru dan Bukit Tengah dalam masa dua tahun akan datang.

batch_IMG_1406

“Saya yakin dengan pengenalan produk baharu, strategi pengembangan dan komitmen CCB untuk mengukuhkan lagi jenama Mercedes-Benz dapat direalisasikan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CCB, Datuk Wong Kin Foo.

Pada tahun ini sahaja, CCB akan memperkenalkan empat buah Autohaus yang dinaik taraf serta melancarkan pusat pamerannya yang ke-12 di Cheras, Kuala Lumpur.

Google ads
Back to top button