Buletin

TERLALU PERCAYAKAN GPS, ALPINA B3 TOURING DIPANDU WARGA EMAS TERSANGKUT DI LALUAN HIKING

Seorang warga emas berdepan dengan situasi ‘mencemaskan’ apabila kereta Alpina B3 Touring yang dipandunya tersangkut di laluan mendaki di Lake Wolfgang, Austria gara-gara terlalu percayakan sistem GPS.

Warga Jerman berusia 77 tahun itu memilih untuk mempercayai sistem GPS dan tidak mengendahkan segala papan tanda serta amaran daripada pejalan kaki yang memberitahu kereta tidak dibenarkan melalui jalan tersebut.

Kereta tersebut akhirnya tersangkut disebabkan struktur jalan yang menjadi semakin sempit.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh bomba Sankt Gilgen, bahagian kiri wagon itu calar akibat rel pada laluan itu, namun pemandu dan penumpang berjaya keluar dengan selamat dibantu oleh pihak berkuasa.

Polis tiba untuk menyiasat dan menjalankan ujian pernafasan, di mana mereka mendapati warga emas itu bebas daripada pengaruh alkohol.

Pemandu Alpina itu kemudian didenda kerana tidak mematuhi papan tanda jalan raya, sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi setelah keretanya ditarik keluar oleh pasukan bomba. – Rosenheim24

Google ads
"
"
Back to top button