
ANAK DAN BAPA DITAHAN TIPU INSURAN KERETA KENA CURI – RUPANYA EKSIDEN MASA TRACK DAY
Seorang kaki kereta dari Sepanyol dan anaknya telah ditahan dan didakwa atas tuntutan insuran palsu. Mereka melaporkan kononnya kereta milik mereka telah dicuri tetapi setelah sekian lama, bukti utama muncul dalam bentuk rakaman video kemalangan kereta terbabit yang berlaku di Litar Jarama lama sebelum ia dilaporkan dicuri.
Polis menahan pasangan tersebut selepas mereka membuat laporan kehilangan kereta milik si ayah, sebuah Renaut Megane Coupe pada penghujung Januari 2022 di sekitar Langreo, bahagian utara Sepanyol.
Si ayah selaku pemilik berdaftar kereta terbabit telah menerima pampasan insuran bernilai USD12,747 (RM57,157) daripada syarikat insuran. Polis bagaimanapun membuka semula kertas siasatan selepas mereka mendapati terdapat beberapa pencanggahan dalam laporan.
Polis mendakwa Renault Megane terbabit telah terbabit dalam kemalangan di litar Jarama, Madrid pada penhujung tahun 2021. Mereka turut mendakwa kereta tersebut tidak pernah kembali ke wilayah Asturia, tempat tinggal pasangan tersersebut. Hah, kan dah kantoi.
Video yang dikongsi oleh pihak polis menunjukkan kereta tersebut keluar dari selekoh dengan laju sebelum menghentam dinding penahan sebelum berpusing beberapa kali dan berakhir dalam keadaan terbalik. Kedua pemandu dan penumpang terselamat tapi sebaliknya berlaku pada kereta malang tersebut.
Beberapa video lain kemudian muncul di atas talian dan membantu melengkapkan siasatan pihak berkuasa. Siasatan lanjut pihak berkuasa mendapati yang kereta itu sudah pun dijual untuk alat ganti. Oo untung la lagu tu.
Penamatnya, kedua beranak pintar itu kini berhadapan dengan dakwaan penipuan insuran yang bakal berakhir dengan hukuman penjara. Penjara tu satu hal, habis kau ingat syarikat insuran tu tak nak duit mereka balik?

