Buletin

VIDEO TULAR PEMANDU MERCEDES BELASAH WARGA EMAS

Seorang lelaki bertindak menumbuk, menarik rambut dan menyepak seorang warga emas dalam kenderaannya ekoran tidak mengikut arahan berhentikan kenderaan dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semasa memandu di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama, mangsa yang juga seorang doktor berusia 67 tahun menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang, pukul 10.30 pagi hari kejadian.

Katanya, apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kereta Mercedes berwarna putih.

β€œKemudian seorang lelaki turun dari kenderaan itu dan bertindak membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit.

β€œKejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian ditularkan di media sosial, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas selesai memberi keterangan pukul 9.45 malam tadi.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengendahkan arahan untuk memberhentikan kereta semasa pelanggaran kenderaan berlaku.

β€œSemakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan ke atas lelaki itu didapati negatif.

β€œPermohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button