Buletin

JANGAN BAYAR KE AKAUN PERIBADI. ELAK JADI MANGSA PENIPUAN – PERODUA

Perodua ingin mengingatkan para pelanggan mengenai penipuan yang melibatkan penasihat jualan palsu yang meminta mereka untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.

“Baru-baru ini, kami mengenal pasti dan menemui sekurang-kurangnya dua individu yang menyamar sebagai penasihat jualan Perodua. Mereka meminta pelanggan untuk membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Justeru, Perodua kini bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani isu tersebut.

“Kami ingin mengingatkan semua pelanggan supaya membuat sebarang pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau di kaunter cawangan-cawangan kami sahaja,” kata Zainal.

Untuk melindungi pelanggan, Perodua memberikan panduan semasa pembelian kenderaan Perodua baharu seperti berikut:

Google ads
Back to top button