Artikel Pilihan

TERPERANGKAP DI BAWAH KERETA AKIBAT JEK ROSAK – NASIB BAIK BANTUAN CEPAT SAMPAI

Seorang lelaki dari Mesa, Arizona bernasib baik kerana bebas dari kecederaan parah selepas ditimpa sebuah Honda Civic akibat kegagalan jek yang digunakan. Berdasarkan rakaman daripada kamera badan anggota polis yang bertugas, kejadian berlaku pada jam 8.45 pagi 11 Ogos lepas.

Sebaik menerima laporan mereka berkejar ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terperangkap di bawah sebuah kereta Honda Civic selepas jek yang digunakan gagal berfungsi dengan baik.

Pegawai polis terbabit membuat keputusan pantas untuk mengggunaka jek lain untuk mengangkat kereta terbabit dan seorang jiran bertindak pantas menarik lelaki tersebut keluar. Bantuan polis tiba dalam masa 3 minit dan jika lebih daripada itu kemungkinan tekanan pada bahagian dada lelaki tersebut boleh menjadi lebih kuat.

Sejurus selepas berjaya diselamatkan, pasukan paramedik dan bomba pula tiba untuk memberikan bantuan.

Jek kereta ni mungkin nampak macam mudah digunakan dan selamat tetapi ia juga sebenarnya agak merbahaya jika digunakan di atas permukaan yang tidak sesuai. Jika digunakan di atas permukaan yang lembut seperti permukaan tanah ataupun dalam keadaan yang tidak rata, kemungkinan jek tergelincir adalah sangat besar. Ingat, pernah berlaku kematian weh akibat kejadian macam ni.

Sebab itulah jika menukar tayar kereta sekali pun, kita disarankan untuk meletakkan objek lain di bahagian bawah badan kereta seperti tayar contohnya sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahukan?

Jek kereta yang dibekalkan kepada anda sebenarya hanya sesuai digunakan untuk menukar tayar gantian sewaktu kecemasan. Jangan la sampai masuk ke bahagian bawah kereta kalau gunakan jek standard ni. Bahaya weh.

Google ads
Back to top button