Buletin

HONDA MALAYSIA UMUM TEMPAHAN CITY BAHARU. CITY RS GUNA TEKNOLOGI I-MMD. PERTAMA DI PERINGKAT GLOBAL

Selepas ‘mengusik’ penggemar jenama Honda dengan beberapa teaser model terbaharu City.

Honda Malaysia mengumumkan tempahan bagi model terbaharu Honda City 2020. Ia didatangkan dengan empat varian untuk dijadikan pilihan pembeli di negara ini.

Berbeza berbanding model di negara jiran, Thailand yang mendapat khidmat enjin 1.0 liter turbo.

Honda City 2020 menawarkan enjin 1.5 liter hibrid aspirasi natural (NA). Bagi varian paling berkuasa City RS i-MMD dilengkapi bantuan sistem i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive).  

Apa yang lebih membanggakan, Malaysia merupakan negara pertama di peringkat global menerima trenkuasa hibrid baharu ini apabila dilancarkan oada suku keempat tahun ini.

Versi paling standard pula mendapat khidmat enjin NA 1.5 liter DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, digandingkan dengan transmisi CVT.

“City membuktikan ia sebuah model yang penting bagi Honda Malaysia malah digemari rakyat negara ini kerana luas, praktikal dan memiliki ciri keselamatan terkini.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2001 di Malaysia, model ini telah mengumpul jumlah jualan sebanyak 351,000 unit.

“Bahkan, model City generasi keempat dilancarkan pada tahun 2014 mencatatkan jualan terbanyak dengan jumlah keseluruhan 205,000 unit sekali gus memegang segmen B,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Beliau menambah pelancaran City RS dilengkapi trenkuasa baharu di Malaysia menjadi pengenalan pertama di peringkat global.

Toichi Ishiyama percaya model itu akan merancakkan pasaran melalui kemajua gaya serta kejuruteraan.

Honda akan terus menjadi peneraju dan memperkenalkan Next Generation Advanced Technology lebih pantas.

Sistem i-MMD baharu yang juga dikenali di peringkat global sebagai e:HEV ini mampu memberi elektrifikasi kecekapan tinggi, digabungkan bersama maklum balas terus dan lancar.

Seperti yang boleh dilihat dalam video, khidmat enjin 1.5 liter hibrid memiliki tork 253 Nm lebih power berbanding Toyota Camry 2.5L.

Antara ciri menarik lain didatangkan dengan City baharu ini ialah lampu utama LED depan dan belakang, serta lampu nyalaan siang DRL LED.

Varian RS menampilkan dua tona warna, rim aluminium 16 inci, sistem keselamatan paling canggih Honda LaneWatch dan brek parkir elektronik.

Dalam pada itu, Honda Malaysia menawarkan baucer servis bernilai RM1,000 untuk Honda City serba baharu.

Pelanggan yang berminat boleh melihat dengan lebih dekat City baharu ini menerusi jelajah di seluruh negara bermula 24 Ogos ini.

Google ads
Back to top button