
TESLA BUKA KILANG DI KARTANAKA, MULA JUAL MODEL 3 DI INDIA TAHUN INI
Tesla Inc dilapor akan membuka sebuah kilang pemasangan kenderaan di negeri Kartanaka India.
“Firma dari Amerika, Tesla akan membuka sebuah kilang pemasangan kereta elektrik di Kartanaka,” jelas kerajaan negeri dalam satu kenyataan ringkas. Ia merupakan sebahagian daripada dokumen bajet kerajaan negeri yang ditulis alam bahasa tempatan, Kannada.
Bulan lalu, pengeluar kereta elektrik berkenaan menubuhkan Tesla Motors India dan Energy Private Limited di pejabat pendaftaran di bandar Bengaluru di Karnataka yang merupakan hab syarikat teknologi global.
Ketua Menteri Karnataka, B.S. Yediyurappa sebelum ini ada menulis di Twitter bahawa Tesla akan memulakan operasinya di India dengan satu unit R&D di Bengaluru. Namun, tweet berkenaan dipadam tidak lama kemudian.
Elon Musk pernah menulis beberapa kali di Twitter tentang kemasukan Tesla ke India. Disember tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu mengakui Tesla akan melancarkan model pertamanya pada tahun 2021.
India sememangnya ingin mengurangkan pencemaran dan kebergantungan ke atas bahan api petrol serta diesel. Namun, usaha untuk mempromosikan kereta elektrik terbantut akibat kurangnya pelaburan ke atas pengeluaran dan infrastruktur seperti stesen pengecasan.
Untuk meningkatkan pelaburan, India merancang untuk menawarkan insentif sebanyak AS$4.6 bilion (RM18.5 bilion) kepada syarikat yang membina kemudahan pengilangan bateri.
Tesla bakal memperkenalkan Model 3 pada harga anggaran sekitar 5.5 juta rupee (RM305,520). Apa yang pasti, harga itu di luar kemampuan majoriti rakyat India. – Reuters
- BACA: TESLA BAKAL LANCAR MODEL 2 UNTUK PASARAN DUNIA. HARGA BERMULA RM101K
- BACA: TINGKAP TESLA MODEL 3 PECAH SENDIRI. ADA HANTU KE?
- BACA: TESLA NAK BUAT AIRCOND PULA. DAIKIN RASA TERANCAM, MUNGKIN MAHU JALIN KERJASAMA
- BACA: PINDAH KE TESLA, KESATUAN SEKERJA MERCEDES ANGGAP KETUA KILANG ENJIN SEBAGAI PEMBELOT