Motosikal

BOON SIEW LANCAR CB650R DAN CBR650R 2021. SUSPENSI USD SHOWA, BERMULA RM43,499 SEUNIT

Boon Siew Honda hari ini mengumumkan ketibaan model facelift untuk CB650R dan CBR650R yang tampil dengan beberapa bentuk penambahbaikan.

Sejak tahun 2019, kedua-dua jentera itu menawarkan pilihan lebih segar kepada peminat motosikal berkuasa sederhana.

Disasarkan kepada pelanggan muda, kombinasi enjin empat silinder, badan ringan dan versatil itu nyata diterima baik oleh pengguna.  

Neo Sports Café dan CBR650R versi 2021 itu kini menerima naik taraf dari segi suspensi apabila dipasang dengan fork USD Showa Separate Function Big Piston (SFF- BP) bersaiz 41mm.

Suspensi berkualiti tinggi itu meningkatkan lagi keupayaan pengendaliannya. Agihan tekanan dalam satu tiub fork dan mekanisma gegelung dalam satu lagi fork memberikan prestasi redaman lebih baik, selain lebih ringan.

Penggunaan piston lebih besar pula memberikan rasa redaman dan kualiti kawalan yang mantap.

Motosikal itu menerima paparan meter LCD dengan sudut LED dan saiz fot tulisan baharu. Selain reflektor lampu utama baharu, soket USB Type-C di bawah pelana dan grafik terkini.

CB650R didatangkan dalam dua warna baharu iaitu mereka dan hitam metalik. Manakala CBR650R pula menerima warana merah Grand Prix dan hitam metalik.

CB650R dan CBR650R masih menggunakan enjin empat silinder DOHC 16 injap bersesaran 649cc. Enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 94hp dan tork 63Nm. Ia hadir bersama ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengekalkan cengkaman roda belakang.

Jentera berkenaan menggunakan kerangka jenis berlian untuk memberi karekteristik tunggangan yang seimbang.

Tugas membrek diserahkan kepada sistem brek ABS dua saluran dengan cakera bersaiz 310mm di hadapan  dan 240mm di belakang.

Berminat? CB650R boleh anda miliki pada harga RM43,499 seunit. Manakala CBR650R berharga RM45,499 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran).

Anda boleh melihat kedua-dua motosikal ini di semua cawangan Honda BigWing bermula 23 Februari 2021.

GALERI

Google ads
Back to top button