Buletin

TINGKAP TESLA MODEL 3 PECAH SENDIRI. ADA HANTU KE?

Seorang pemilik Tesla Model 3 di California, Amerika Syarikat membuat laporan berikutan tingkap belakang EV miliknya yang pecah secara tiba-tiba.

Menurut pemilik yang dikenali sebagai Inderpal Kaur, tingkap Model 3 tersebut tiba-tiba pecah hanya selepas beberapa minit penghantaran dibuat oleh Tesla.

Ketika kejadian, wanita tersebut memberitahu dia ingin membawa kakaknya bersiar-siar dengan kenderaan baharu diterima itu.

Bagaimanapun, cermin bahagian belakang pecah secara tiba-tiba dan mereka bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan malah tiada penumpang yang berada di belakang pada waktu tersebut.

Ia bukanlah kes pertama melibatkan masalah teknikal pada jentera Tesla.

Pada awal tahun 2020, beberapa laporan dilakukan melibatkan tingkap Tesla Model 3 yang pecah secara tiba-tiba.

Selain itu pada Oktober tahun lalu, terdapat juga laporan masalah teknikal membabitkan bumbung Tesla Model Y.

 Melalui rakaman video kejadian, cermin tersebut dilihat pecah secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan.

Bahkan, ia pecah ke bahagian luar menunjukkan tiada tekanan ataupun serpihan serta objek yang terkena dari bahagian luar kenderaan.

“Walaupun belum ada yang melihat EV itu, pihak Tesla membuat kesimpulan bahawa kerosakan tersebut berlaku kerana tekanan yang tinggi pada ruangan kabin dari Tesla yang baharu,” kata Inderpal Kaur. -agensi

Google ads
Back to top button