
TESLA KANSEL BIKIN CYBERTRUCK. SAHIH ATAU PRANK APRIL FOOLS?
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, mengesahkan pengeluaran Cybertruck yang ditunggu-tunggu penggemar automotif dibatalkan berikutan kos pembangunan terlalu tinggi.
Trak kenderaan elektrik (EV) yang mencetuskan kontroversi dikatakan bukan lagi kes perniagaan berdaya maju.

“Sangat menyedihkan untuk membatalkan Cybertruck kami.
“Saya tahu akan ada ramai pelanggan kecewa dan semua pra-pesanan akan dibayar semula pada kadar segera.
“Keputusan dibuat demi kepentingan Tesla dan kelangsungan masa depan jenama ini,” tulisnya.

Sumber dalaman pengeluar kenderaan berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS) itu berkata Musk mengkaji nombor dan akhirnya mengambil keputusan Gigafactory sedang dalam pembinaan di Austin, Texas lebih sesuai untuk pengeluaran Model Y dan Model 3.
Pada mulanya, kilang berkenaan adalah untuk membangunkan Cybertruck dan Model Y tetapi permintaan Model 3 terus meningkat daripada para pelanggan.
Pelancaran Cybertruck yang tertunda dan isu belakang tabir bakal menyebabkan harga jentera lebih tinggi berbanding harga asal.

Bagaimanapun, hitc.com melaporkan Cybertruck yang dibangunkan Tesla sama sekali tidak dibatalkan.
Tesla masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung isu berkenaan.
Cybertruck merupakan salah satu inisiatif terbesar oleh Tesla.
Justeru, sebarang berita mengenai pengeluaran atau pembatalan akan dilakukan secara rasmi.-carbuzz/ hitc.com
- BACA: TIDAK SUKA DIARAH, INDONESIA AKUI RANCANGAN TESLA UNTUK BINA KILANG BATERI BATAL
- BACA: MEMANDU TESLA KE GIM, DAPAT 51 SAMAN DALAM SEHARI. JUMLAH KESELURUHAN CECAH RM35,000
- BACA: BATERI HABIS, PEMILIK TERPAKSA CAS TESLA MODEL S DEPAN STESEN MINYAK
- BACA: CAMPER TESLA CYBERTRUCK, CYBERLANDR TERIMA PRA-TEMPAHAN RM339 JUTA. BOLEH DILIPAT, ADA SISTEM SOLAR









