Artikel Pilihan

5 JENIS KERETA YANG DIHASILKAN OLEH FERRARI, BUKAN SEMUA SAMA

Sebut sahaja nama Ferrari kita semua tahu yang mereka menghasilkan supercar sebagai kereta mainan bagi orang kaya semenjak dari dulu lagi. Penglibatan Ferrari dalam perlumbaan menyaksikan Ferrari sentiasa menjadikan medan perlumbaan sebagai ujian bagi idea dan teknologi yang terbaru dari pasukan R&D mereka.

Tapi selain daripada supercar, Ferrari turut menghasilkan pelbagai kenderaan lain yang berkuasa tinggi, laju dan boleh memuatkan melebihi 4 penumpang dalam satu masa. Antara kategori kereta yang pernah dihasilkan oleh Ferrari termasuklah:

1. Supercar – model seperti Portofino, 296 GTB, SF90 Spyder, 812 GTS dan Roma boleh dikatgeorikan sebagai supercar. Bagi model Portofino ia dikuasakan dengan enjin 3900cc turbo berkembar yang menjana 592 kuasa kuda dan 760Nm tork

Sesetengah supercar masih menggunakan konfigurasi MR (enjin tengah pacuan belakang) tapi ada jugayang sudah berubah kepada FR (enjin depan pacuan belakang) seperti F12 Berlinetta

2. Hypercar – datang dengan enjin yang lebih berkuasa seperti model La Ferrari, FXX-K dan juga Ferrari Daytona SP3. Bagi model La Ferrari ia menggunakan enjin V12 sebesar 6300cc, digabungkan dengan 1 motor elektrik dan juga sistem bateri dan hibrid KERS yang digunakan oleh pasukan lumba F1

Gabungan kuasa ini menghasilkan sekitar 950 kuasa kuda. Sama dengan model FXX-K pula ia masih menggunakan enjin yang sama tapi talaan kuasa serta sistem KERS bagi menghasilkan 1050 kuasa kuda. Model SP3 pula kekal dengan enjin 6300cc V12 sahaja bagi menghasilkan 830 kuasa kuda

3. Kereta lumba – ya ini kereta yang haram dipandu di atas jalan raya kerana ia tidak melalui proses homologasi bagi membolehkannya dipandu dengan selamat di atas jalan raya. Pemilik kereta seperti ini membeli FXX-K khusus untuk berseronok di atas litar lumba.

Antara model lain yang boleh dikategorikan dalam senarai ini ialah 599XX, 488GT Modificata, dan FXX K Evo. Anda beli kereta ini untuk atas litar sahaja atau menyertai mana-mana perlumbaan, bukan untuk ke surau atau pasar Ramadhan

4. Gran Turismo – merupakan supercar yang direka dengan mewah, senyap, luas dan selesa digunakan untuk dipandu pada jarak jauh berbanding dengan supercar. Ia akan dilengkapi dengan enjin berkuasa tinggi bagi pemanduan laju merentas negara, berupaya memuatkan beg pakaian dan datang dengan pilihan 2 tempat duduk, 2+2 atau 4 tempat duduk.

Sebagai contoh Ferrari 812 Superfast merupakan supercar front mid engine rear wheel drive, yang menghasilkan 819 kuasa kuda dengan enjin 6500cc V12 boleh memuatkan. Contoh kedua pula ialah Ferrari Roma dengan kapasiti tempat duduk 2+2 dengan enjin 3900cc turbo berkembar yang menjana 612 kuasa kuda.

Ferrari juga menghasilkan rekaan badan shooting brake yang kelihatan seperti wagon namun dengan 3 pintu sahaja termasuk pintu ruang kargo serta berupaya menempatkan 4 penumpang seperti GTC4 Lusso. Malah ruang kargonya cukup besar dengan sekitar 450liter

5. Crossover – ia merupakan percubaan pertama Ferrari untuk menghasilkan crossover/SUV dengan rekaan fastback, front mid engine, AWD, boleh memuatkan 4 penmpang dengan selesa dan rasanya mungkin ia kereta pertama Ferarri yang datang dengan 4 pintu.

Ya ini adalah 5 jenis kereta yang dihasilkan oleh Ferrari sepanjang penubuhannya iaitu kereta lumba, hypercar, supercar, GT dan juga yang paling baru ialah SUV.

Google ads
Back to top button