Buletin

MEMANDU TESLA KE GIM, DAPAT 51 SAMAN DALAM SEHARI. JUMLAH KESELURUHAN CECAH RM35,000

Seorang jurubina bingung menerima 51 surat saman dalam sehari berikutan berulang kali memandu di laluan penduduk dalam tempoh lima bulan untuk pergi ke gim.

John Barrett mendakwa dia mendapat mesej daripada isterinya Lisa yang sangat terkejut selepas lebih 50 surat diterima pada awal bulan ini.

Jumlah keseluruhan saman yang perlu dibayar bernilai £6,350 (RM35,408).

Lelaki berusia 54 tahun itu berkata, saman terbabit bernilai £130 (RM725) setiap satu dikeluarkan apabila menggunakan laluan penduduk Chiswick di Barat London untuk ke gim.

Bagaimanapun, dia mendakwa memiliki permit yang membenarkan menggunakan laluan tersebut tanpa dikenakan penalti.

Justeru, Barrett berkata surat saman yang dikeluarkan adalah tidak tepat.

“Ia tidak masuk akal. Tiada amaran atau surat mengatakan anda telah ditangkap kamera melakukan kesalahan memandu di laluan tersebut.

“Sangat luar biasa. Bayangkan jika anda adalah saya apatah lagi memiliki permit membenarkan saya menggunakan laluan itu,” katanya.

Lelaki itu terpaksa membalas setiap e-mel diterima untuk mempertikaikan denda itu kerana dia mendakwa Majlis Daerah Hounslow tidak akan melayan respons secara sekali gus.

Dalam satu kenyataan Majlis Daerah Hounslow kenderaan menerima Penalty Charge Notice (PCN) dipajak syarikat pemajakan yang memberi butiran alamat salah.

Kata kenyataan itu lagi, kesemua saman berkenaan telah dibatalkan. – daily star

Google ads
"
"
Back to top button