Motosikal

LIFAN CUB-ADV 125. GABUNGAN KAPCAI DAN MOTOSIKAL ADVENTURE YANG SERUPA LIPAN

Sejak Honda memperkenalkan model skuter adventure dengan enjin bersesaran lebih kecil iaitu ADV150, ramai pengeluar dilihat mula meniru konsep yang sama.

Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan model Dayang ADV150, kini muncul sebuah lagi model adventure kecil daripada pengeluar motosikal di China.

Diberi nama Lifan Cub-ADV 125, jentera itu dihasilkan oleh Lifan Motorcycle. Sebagaimana yang anda boleh lihat, Lifan Cub-ADV 125 menggabungkan rekaan sebuah kapcai dengan jentera off-road.

Bahagian hadapannya tampil dengan reka bentuk paruh yang biasa ada pada motosikal adventure lebih besar. Ia kemudian diserlahkan lagi dengan sepasang lampu berbentuk bulat dan pelindung angin.

Untuk menjadikannya lebih off-road, sistem suspensi hadapan dengan pelindung dan tayar berbunga tebal. Brek pula terdiri daripada jenis cakera di hadapan dan dram di belakang.

Lifan Cub-ADV 125 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal dengan sistem penyejukan udara bersesaran 119.7cc. Enjin yang mampu menjana kuasa sekiar 8.0hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 8.5Nm @ 5,000rpm itu dipadankan dengan klac jenis automatik.

Manakala kapasiti tangki pula ialah 3.7 liter. Lifan menegaskan bahawa Cub-ADV 125 mempunyai enjin yang berkuasa, stabil dan menjimatkan bahan api.

Jentera itu juga didatangkan dengan sistem lampu LED di depan dan belakang serta meter kelajuan LCD. Dengan berat hanya 105kg, ketinggian pelana Lifan Cub-ADV 125 ialah 780mm.

Apa pun spesifikasinya, ini merupakan antara gabungan segmen motosikal paling mengelirukan (buruk) pernah saya lihat. Anda rasa macam mana?

GALERI

Google ads
Back to top button