
TAK BOLEH TIDUR PUKUL 3 PAGI, PEMUDA INDONESIA TEMPAH TESLA MODEL 3
Pada kebiasannya, apa yang akan dilakukan anda kalau tidak dapat melelapkan mata pada pukul 3 pagi?
Paling tidak pun, kita akan makan atau yang kaki beli belah tu akan membuka platform online mencari barangan kegemaran mereka.
Berlainan pula dengan pemuda di Medan, Indonesia, Indra Kesuma apabila dia menempah sebuah Tesla Model 3!!! Iya dia beli kereta pepagi buta.

Disebabkan tidak boleh tidur dan mungkin tidak tahu apa yang mahu dilakukan, dia membeli kereta jenis Tesla berharga Rupiah 1.5 miliar (RM500,000).
“Efek (akibat) gak bisa (tidak boleh) tidur, jadi beli Tesla jam 3 pagi, belinya dari tokped (tokopedia.com) ini beneran ya serius,” kata Indra melalui klip video yang kemudiannya menjadi tular di negara itu.
Pembelian berkenaan dimaklumkan melalui video dimuat naik di akaun Instagram rasmi miliknya iaitu @indrakenz.

Indera yang juga merupakan ahli perniagaan sebelum ini melalui akaun instagramnya memaparkan gaya hidup mewah ketika bercuti di Bali apabila bergaya kasual yang dikatakan mencecah Rupiah 700 juta (RM230,000).
Melalui portal Detik.com, perkara itu diakui syarikat pengimport kenderaan tersebut, Presiden Prestige Image Motorcars, Rudy Salim. – agensi