
INDONESIA TERIMA CADANGAN PELABURAN DARIPADA TESLA
Indonesia menerima cadangan pelaburan daripada pengeluar kenderaan elektrik, Amerika Syarikat (AS), Tesla, kata Timbalan Ketua Koordinasi Pelaburan dan Perlombongan Indonesia, Septian Hario Seto.
Jiran Malaysia tersebut merupakan pengeluar nikel terbesar di dunia, bahan penting dalam pembangunan bateri kenderaan elektrik (EV) secara terbuka mengalu-alukan Tesla melabur di negara itu dalam membantu mengembangkan perancangan industri EV dan baterinya.
“Saya menerima cadangan tersebut pagi semalam, pada minggi hadapan kami akan berjumpa melalui alam maya untuk memperoleh penjelasan secara rasmi,” kata Septian.
Septian berkata dia tidak dapat memberikan perincian cadangan berkenaan kerana ia merupakan perjanjian yang tidak dapat didedahkan kepada khalayak.
Bagaiamanpun, memaklumkan tumpuan perbincangan adalah mengenai penyelesaian penyimpanan tenaga dan bateri.
“Jika mereka hanya ingin membeli bahan mentah, kami tidak berminat. Cadangan adalah melebihi daripada pembelian bahan mentah,” katanya.
Indonesia yang merupakan pengeksport terbesar nikel telah memberhentikan penghantaran bekalan pada tahun lalu dalam usaha membangunkan rantaian bekalan nikel.
Pada tahun lalu, Tesla berkata sedang mencari sumber nikel yang boleh dipercayai di seluruh dunia setelah memberi amaran bahawa kos bateri semasa menjadi halangan kepada pertumbuhan syarikat. – Reuters.
- BACA: TESLA SAMAN BEKAS PEKERJA CURI RIBUAN RAHSIA PERDAGANGAN. BARU 3 HARI KERJA DAH BUAT HAL!!!
- BACA: SIAPA HASILKAN TEKNOLOGI KAWAL KARBON TERBAIK. RM400 JUTA MENANTI ANDA- BOS TESLA
- BACA: TESLA SAMAN MEDIA CHINA TERBIT ARTIKEL NEGATIF
- BACA: TAK BOLEH TIDUR PUKUL 3 PAGI, PEMUDA INDONESIA TEMPAH TESLA MODEL 3