Artikel Pilihan

TESLA PUN NAK MAIN OFF-ROAD – BERAPA LAMA BOLEH TAHAN AGAKNYA?

Banyak pulak cerita pasal Tesla sehari dua ni. Dah macam berita artis sendu kahwin cerai pulak. Terbaru sebuah syarikat Jerman bernama Delta 4×4 yang terletak di pinggir bandar Munich telah menghasilkan sebuah Tesla Model 3 yang unik. Lebih tepat lagi menaik taraf ataupun modifikasi.

Bukan buat suka-suka tetapi mereka telah menerima permintaan daripada seorang pelanggan untuk menaik taraf sebuah Tesla Model 3 dengan menambah sedikit kemampuan off-road. Pulak dah.

Untuk merealisasikan impian lelaki itu, pihak Delta 4×4 telah memasang lift kit 35 mm yang berharga sekitar USD548 (lebih kurang RM2335) dan kemudian menggantikan tayar dan rim asal dengan set bersaiz 18 x 8.5 pada keempat-empat sudut tayar. Ia hampir menyamai roda Tesla Model 3 pikap ataupun ‘Truckla’ yang dihasilkan oleh Simone Giertz tahun lepas.

Rim-rim 18 inci itu kemudiannya telah dibalut dengan tayar-tayar Cooper dengan sidewall yang lebih tinggi sekaligus membuatkan Model ini mempunyai tambahan kelegaan bumi 40 mm.

Walaupun Tesla Model 3 ini tidak mungkin mampu menyaingi kemampuan Toyota Land Cruiser ataupun Suzuki Jimny dalam menakluki laluan off-road tapi kini ia lebih dari mampu untuk membawa pemilik meneroka padang-padang rumput di Jerman ataupun kalau kat sini mungkin ke dusun untuk mengangkut durian Musang King. Okey nia satu rahsia sulit. Abang Japar alergik dengan bau durian.

Tengok je video dan boleh tengok kemampuan baru Tesla entry level ni. Harap-harap bumper tu dah tambat elok-elok. Bukan apa takut tercabut lagi. Okey bai.

BACA: BUMPER BELAKANG TERCABUT SEWAKTU MEMANDU – TESLA MODEL 3 PULA TU

Tags
Google ads
Back to top button