
HYUNDAI, KIA SASAR JUAL 1 JUTA UNIT EV PADA 2025- BOS HYUNDAI MOTOR GROUP
Sejak kebelakangan ini, banyak pengeluar kereta berlumba-lumba dalam menghasilkan kenderaan elektrik (EV) untuk dipasarkan di seluruh dunia.
Hyundai Motor Group tidak terkecuali dalam ‘perlumbaan’ automotif ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan produk EV.
Bos Hyundai Motor Group, Euisun Chung berkata Hyundai dan Kia menyasarkan penjualan 1 juta unit kenderan elektrik pada tahun 2025.
“Sasaran tersebut melibatkan lebih 10 peratus bahagian pasaran global melibatkan dua jenama automotif ini.
“Tahun 2021 merupakan tahun pertama Hyundai Motor Group akan menjadi peneraju dalam pasaran EV. Pihak kami bakal melancarkan model generasi baharu EV yang dilengkapi platform EV sahaja,” katanya.
Menurut beliau, model EV terbaharu itu boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh 20 minit dan mampu bergerak sehingga 450 km sekali cas.
Gabungan dua jenama Hyundai Motor dan Kia Motors Corp. telah menjual sebanyak 270,000 unit kenderaan elektrik di Korea Selatan dan luar negara sejak tahun 2011. – agensi.
- BACA: HYUNDAI UMUM TRANSMISI MANUAL TANPA KLAC. GUNA SISTEM iMT
- BACA: HYUNDAI XCIENT FUEL CELL – INILAH RESPON HYUNDAI TERHADAP TESLA SEMI TRUCK
- BACA: PRESIDEN KOREA SELATAN STEADY AJA GUNA HYUNDAI NEXO SEBAGAI KENDERAAN RASMI
- BACA: ASALNYA GURAUAN APRIL FOOL, PENGGUNA BUAT PETISYEN MAHU HYUNDAI HASILKAN PALLISADE N & NEXO N