Artikel PilihanBuletin

BUMPER BELAKANG TERCABUT SEWAKTU MEMANDU – TESLA MODEL 3 PULA TU

Insiden macam ini sebenarnya kali pertama kami dengar. Macam mana bumper boleh tercabut sewaktu memandu. Kereta dipandu pula bukan calang-calang kerana ia adalah Tesla Model 3. Salah sebuah kereta ‘terpandai’ di dunia.

Bila dah jadi macam ni mesti la kita ingin membuat tuntutan waranti tapi malang bagi pemandu terbabit kerana jawapan yang diterima ialah ianya akibat bencana alam. Alasannya mungkin sebab kejadian berlaku ketika hujan lebat. Alahai, kancil 660 kosong pun tak pernah lagi tercabut bumper kalau tengah hujan musim tengkujuh sekali pun.

Logan Derouanna, pemandu lelaki itu sewaktu ditemubual menyatakan yang beliau memandu dalam keadaan hujan lebat dan mengurangkan kelajuan kerana hendak menukar lorong. Tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat di bahagian belakang dan rupa-rupanya bumper kereta canggih beliau tercabut dan terkopak macam tu je.

Kalau kita tengok dalam video tu memang nampak macam Derouanna terlanggar lubang yang dipenuhi air tapi tak adalah seteruk setengah lubang di negara kita yang tercinta ni. Sejurus selepas itu bumpernya terus tercabut.

Walaupun mudah untuk menyalahkan daya percikan air semasa melanggar lubang itu sebagai punca utama, Derouanna menegaskan yang beliau sedang memandu di bawah had laju dan hujan bukannya lebat sangat. Bahkan kamera hadapan kereta itu juga tidak menunjukkan sebarang takungan air yang besar sebelum kejadian.

Ketika itu juga tiada sebarang serpihan ataupun apa-apa objek di atas jalan. Derouanna malah keluar dan melihat kereta-kereta lain lalu di lokasi yang sama dan taka da pulak yang tertanggal bumper. Mau tak sakit hati mamat tu.

Selepas berhenti, beliau membuat panggilan kepada Tesla Roadside Assistance. Tunggu-tunggu sampai sejam tak jugak sampai-sampai. Road Assist la sangat.

 Derouanna kemudian memangil kembali perkhidmatan tersebut dan diberitahu mereka sudah menghantar e-mel berkenaan bayaran untuk khidmat tunda. Lagilah terbakar mamat ni seolah-olah itu kesalahan beliau dan bukannya akibat kecuaian pemasangan. Tuntutan waranti yang diminta pula membuatkan Derouanna dirujuk kepada beberapa individu tanpa sebarang penyelesaian.

Akhir sekali penyelesaian berjaya dicapai dengan khidmat peguam. Pengurus pusat kemudiannya bersetuju dan berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut dengan sebaiknya. Derouanna sendiri berpuas hati dengan layanan pengurus terbabit dan masalah selesai.

Benda senang je tapi masalahnya di dunia memang ramai yang tak pandai buat kerja atau dengan kata lain. MALAS.

Google ads
Back to top button