
TESLA TAWAR PELUANG KERJAYA PROFESSIONAL, LEBIH BANYAK PELUANG PEKERJAAN DI KL
Dalam usaha melebarkan sayap ke rantau Asia Tenggara, nampaknya Tesla sedang sibuk membuka peluang pekerjaan di Kuala Lumpur apabila mereka telah mengiklankan satu kekosongan jawatan pada laman sesawang rasmi mereka
Jawatan terbaru yang diiklankan dalam laman sesawang Tesla bukanlah melibatkan pasukan pembangunan produk mahupun teknikal, tapi sebagai perekrut baru bagi membina pasukan baru untuk Tesla yang akan berpusat di Kuala Lumpur nanti.
Jawatan kosong sebagai perekrut ini membantu Tesla untuk mencari tenaga kerja atau bakat baru untuk diserap sebagai sebahagian dalam pasukan Tesla nanti. Perekrut ini juga mestilah bertindak untuk menapis hanya calon yang terbaik untuk proses temuduga nanti
Jika proses pembukaan syarikat automotif Tesla berjalan lancar, secara tidak langsung ia akan menawarkan lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan bagi menyokong operasi mereka di dalam negara agar berjalan dengan lancar dan efisyen.
Selain dari jawatan perekrut, Tesla juga menawarkan beberapa posisi untuk jawatan professional yang lain seperti IT Support Technician, Project Developer Home Charging, Delivery Operation Specialist, Consumer Engagement Manager, Order Operation Specialist, Tesla Advisor, Inside Sale Advisor dan juga Store Manager.
Semua jawatan yang ditawarkan adalah jawatan tetap dan akan bertugas di Kuala Lumpur nanti. Anda boleh rujuk iklan jawatan kosong di SINI

