Buletin

ORA LIGHTNING CAT DILANCARKAN SECARA RASMI DI CHINA. BERMULA RM123K

Pada 31 Oktober lalu, ORA Lightning Cat dilancarkan secara rasmi di China menerusi empat pilihan model.

Ukuran saiz Lightning Cat adalah 4,871mm panjang, 1,862mm lebar dan 1,500mm tinggi dengan jarak roda 2870mm. Ia dikemaskan lagi dengan rekaan bahagian belakang seperti liftback dan mempunyai kadar pekali seretan hanya 0.22Cd.

ORA Lightning Car didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu merah jambu, Smoked Amethyst, Jade Ice, Pink Diamond dan Tourmaline Gray White.

Selain menggunakan rim aloi, ORA Lightning Car mempunyai pemegang pintu jenis pop-up dan cermin tingkap tanpa bingkai.

Pada bahagian kabin pula, penggayaannya lebih ke arah retro moden dengan stereng bulat bersaiz besar, panel instrumen digital dan skrin sentuh terapung untuk infotainmen yang disokong oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155. Konsol tengah kelihatan sporty dengan pad kawalan serta tiga dail. Menariknya, hanya terdapat satu pemegang cawan.

Dari segi keselamatan, Lightning Cat dilengkapi sistem bantuan pemanduan ORA-PILOT 3.0 yang disokong oleh 28 sensor termasuk 10 kamera, radar gelombang 5 milimeter, 12 radar ultrasonik dan peta definisi tinggi 5G.

Tarikan lain ialah 3 kamera iaitu satu pada tiang A yang ditujukan kepada pemandu, manakala dua lagi kamera di siling. Untuk sistem bunyi pula, ia disokong oleh 11 pembesar suara daripada Harman Infinity.

Lightning Cat menawarkan pacuan roda hadapan motor tunggal dan pacuan empat roda dwi-motor. Versi motor tunggal mempunyai kuasa maksimum 150kW dan tork puncak 340Nm. Versi dwi-motor pula mempunyai gabungan kuasa 300kW dan tork 680Nm dengan masa pecutan 0-100 km/j hanya 4.3 saat.

The Lightning Cat juga menawarkan tiga pilihan jarak perjalanan iaitu 555km, 600km dan 705km.

ORA Lightning Cat kini berada di pasaran China pada harga sekitar AS$ 26,000 (RM123,253) hingga AS$37,000 (RM175,398) selepas subsidi.

GREAT Wall Motors (GWM) kini berada di Malaysia dan Ora Good Cat sudahpun dilancarkan secara rasmi baru-baru ini. EV itu ditawarkan pada harga bermula RM139,800 hingga RM169,800 seunit dengan pilihan dua varian iaitu Pro dan Ultra.

GALERI:

Google ads
Back to top button