
TIDAK SEMUA KENDERAAN TENAGA BAHARU SESUAI DIMUATKAN TEKNOLOGI MEWAH
Setelah Tesla menawarkan EV dengan padanan teknologi mewah, ia secara tidak langsung menetapkan satu ‘permainan’ baharu di dalam industri automotif.
Tidak mahu ketinggalan, pengeluar kereta lain turut meniru strategi berkenaan supaya ia menarik perhatian pelanggan selain memperbanyakkan pilihan sedia ada.
Walau bagaimanapun, tidak semua teknologi itu bersesuaian untuk dimuatkan dalam suatu kenderaan. J.D power dalam Kajian Pengalaman Teknologi, setiap 100 kenderaan mempunyai masalah lebih tinggi untuk kenderaan tenaga baharu berbanding kenderaan tradisional.

“Persepsi dalam industri ialah kebanyakan BEV harus menawarkan teknologi canggih untuk bersaing dengan peserta berteknologi tinggi seperti Tesla,” kata pengarah penanda aras pengalaman pengguna dan teknologi di J.D. Power, Kathleen Rizk.
“Kejayaan akan bergantung kepada pengeluar yang boleh melaksanakan dengan sempurna, sambil memastikan pengalaman pengguna adalah sama bagi mereka mahir teknologi atau tidak.”
Pemula mungkin sebahagiannya dipersalahkan untuk trend ini. Keterujaan untuk kenderaan elektrik mengundang beberapa pemain baharu (seperti Tesla, Rivian, Lucid dan Polestar) ke dalam industri automotif.
Syarikat-syarikat ini cuba untuk menerima amalan perniagaan industri teknologi, bermakna mereka cenderung untuk mengatasi pembuat kereta tradisional (kecuali Genesis) pada Indeks Inovasi.
Boleh dikatakan sebagai jenama baharu seperti Polestar, walaupun bukan jenama yang didedikasikan untuk kenderaan elektrik, Genesis mengetuai kedudukan inovasi keseluruhan J.D. Power.
Senarai tersebut diikuti oleh jenama Hyundai, menerajui segmen pasaran massa, menunjukkan bahawa pembuat kereta Korea itu berjaya mencari keseimbangan antara teknologi inovatif serta kebolehpercayaan.


