
HONDA CR-V TERBAKAR. PASANGAN SUAMI ISTERI SEMPAT SELAMATKAN DIRI
Jentera Honda CR-V dinaiki pasangan suami isteri secara tiba-tiba berasap dan terbakar di Kilometer 85, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, Kelantan.
Begitupun, mangsa, Che Yusoff Sulaiman, 61, dan Nurul Awanis Mohammad, 36, yang berasal dari Kampung Pasir Tumboh dekat Kota Bharu sempat menyelamatkan diri mereka.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Gua Musang.
Katanya, apabila smpai di kawasan selekoh dan menuruni bukit, enjin kenderaan tersebut secara tiba-tiba mengeluarkan asap.
“Insiden itu menyebabkan mereka berdua keluar daripada kenderaan untuk menyelamatkan diri.
“Selepas itu, kenderaan tersebut terbakar 100 peratus di lokasi kejadian. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku terhadap kedua-dua mangsa,” katanya. -Kosmo!
- BACA: GUNA SYILING SEBERAT 43 KG BELI HONDA SCOOPY
- BACA: HONDA KEKAL NO. 1 DALAM SEGMEN BUKAN NASIONAL 6 TAHUN BERTURUT-TURUT. CATAT JUALAN 60,469 UNIT, CITY PALING LARIS
- BACA: TAK LAKU!!!HONDA HENTI EDAR KENDERAAN BAHARU DI RUSIA
- BACA: HONDA MUNGKIN HASILKAN SEMULA MODEL MINI DAX. GUNA ENJIN SAMA MACAM MSX125