Buletin

TMS 2019: HONDA ACCORD GENERASI KE SEPULUH

Honda Accord merupakan satu tanda nama bagi sedan segmen D yang popular dari dulu sampai sekarang dan sentiasa bersaing dengan Toyota Camry, Nissan Teana, dan juga pesaing baru dari Korea seperti Optima, Sonata, dan juga dari benua eropah yang gah dengan sinonim jenama seperti BMW dan juga Mercedez.

Pada asalnya, Honda Accord generasi pertama dilancarkan di Jepun pada tahun 1976 dan merupakan cesi Honda Civic yang dipanjangkan. Enjin yang digunakan oleh versi pertama ini dilengkapkan dengan teknologi CVCC yang dan mencapai tahap piawaian pelepasan asap California.

Rekabentuk Honda Accord 2018 sudah berubah daripada bentuk tradisional sedan 3 kotak kepada bentuk fastback yang dipopularkan oleh Audi dan juga Honda Civic FC. Bahagian bumbung direka bersambung terus dengan bahagian bonet kereta. Kia Stinger, Audi A5 Sportback dan Volkswagen Arteon adalah antara model yang turut mengaplikasikan rekabentuk fastback.

Enjin dari keluarga K dan R yang ada pada model lama telah digantikan dengan enjin dari barisan Earth Dream Technology dengan menawarkan enjin bersesaran 2000cc DOHC i-VTEC dengan kod K20C yang sama pada Civic Type R. Untuk kegunaan Honda Accord, enjin ini telah diturunkan kuasa kepada 252 kuasa kuda pada 6500 RPM dan tork 370Nm antara 1500-4000 RPM. Malah Honda turut memperkenalkan transmisi baru 10 kelajuan digandingkan dengan enjin ini.

Kotak gear ini mempunyai 10 kelajuan (10 ratio menggabungkan 4 planetary gear, saiz yang lebih kompak, 10% lebih ringan dari kotak gear 6 kelajuan, dan 20% lebih efisyen. Disebabkan kotak gear ini mempunyai lebih 4 ratio dari kotak gear 6 kelajuan, ia mempunyai lebih pecutan pada gear rendah dan penjimatan bahan api pada gear tinggi.

Papan pemuka bagi Honda Accord 2018 setakat ini nampak lebih mewah dan kemas. Sama seperti Civic, paparan skrin LCD mendominasi bahagian tengah panel dan meter halaju dan RPM ditunjukkan dalam bentuk digital. Unit kawalan penyaman udara adalah dari unit manual dengan penunjuk digital. Maklumat pemanduan yang penting akan dipaparkan melalui unit Head Up Display terus ke cermin depan

Honda Sensing telah dijadikan alatan standard bagi Honda Accord 2018 dengan menawarkan Collision Mitigation Brake System, Lane Departure Warning, Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow, Blind Spot Information, Cross Traffic Monitor, dan Driver Awareness Monitor

Sedia maklum pengasas Honda merupakan peminat sukan bermotor, dan legasi kesukanan diteruskan pada Honda Accord 2018. Sistem chassis ditala lebih keras berbanding dengan model lama bagi meningkatkan kawalan dan penyerapan bunyi. Semu ini dilakukan dengan penggunaan ultra high strength steel yang mengurangkan berat sehingga 50kg. Sebagai tambahan, pusat graviti Accord turut direndahkan sehingga 10mm.

Ada dua Mode pemanduan yang disediakan Honda, Normal dan Sport dan sistem penyerap hentakan boleh laras disediakan mengikut pilihan pemanduan. Sistem gantungan menggunakan McPherson Strut pada bahagian depan dan Multilink pada roda belakang. NVH Honda Accord turut ditambah baik dengan penggunaan penutup underbody, cermin depan acoustic, alas kaki penyerap bunyi dan Anti Noice Control System.

Dari segi saiz, panjang model ini ialah 4880 mm lebih pendek dari model lama sebanyak 10mm, tinggi pula 1450mm kurang 15mm dari model lama dan lebar 1860mm iaitu 10mm lebih dari model lama. Namun jarak antara roda bertambah 55mm kepada 2830mm

Google ads
Back to top button