,
Artikel Pilihan

CALON-CALON EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2020 – MANA SATU YANG PATUT MENANG NI

Tahun ini sekali lagi senarai kereta yang menjadi calon untuk dinobatkan sebagai European Car of the Year diumumkan dan ia adalah untuk tahun 2020. Senarainya adalah cukup panjang dengan 35 model dari pelbagai segmen. Hanya satu yang belum dilancarkan dan ia adalah Volkswagen Golf MK8.

Untuk melayakkan sesebuah kereta menyertai pertandingan ini, kereta tersebut mestilah sudahpun dipasarkan sebelum hujung tahun disekurang-kurangnya lima negara Eropah. Pihak juri pula akan menyenarai pendek senarai tadi kepada hanya tujuh penyertaan sebelum 25 November.

Pusingan akhir yang akan menentukan pemenang terbesar ialah pada 2 Mac 2020 di Geneva Motor Show.

Anugerah berprestij tahun 2019 ini jatuh kepada Jaguar I-Pace berkuasa elektrik yang berjaya mengalahkan Alpine A110 selepas kedudukan seri pada peringat akhir. Tahun 2018 menyaksikan anugerah ini menjadi milik Volvo XC40 manakala Peugeot 3008 menang pada tahun  2017, Opel/Vauxhall Astra (2016), Volkswagen Passat (2015) dan Peugeot 308 (2014).

Untuk rekod, Volkswagen Golf MK7 pernah memenangi anugerah ini sejurus selepas dilancarkan pada Paris Auto Show tahun yang sama. Hebat betul.

Senarai calon-calon European Car of the Year 2020:     

Audi E-Tron
BMW 1-Series
BMW Z4
BMW X6
BMW X7
DS3 Crossback
Ferrari F8 Tributo
Ford Puma
Kia e-Soul
Mazda3
Mazda CX-30
Mercedes-Benz CLA
Mercedes-Benz EQC
Mercedes-Benz GLB
Mercedes-Benz GLS
Nissan Juke
Opel/Vauxhall Corsa
Peugeot 208
Porsche 911
Porsche Taycan
Range Rover Evoque
Renault Captur
Renault Clio
Renault Zoe
Skoda Kamiq
Skoda Scala
SsangYong Korando
Subaru Forester
Tesla Model 3
Toyota Camry
Toyota Corolla
Toyota RAV4
Toyota GR Supra
Volkswagen Golf
Volkswagen T-Cross

Tags
Google ads
Back to top button