,
Buletin

TMS 2019: HONDA e. KERETA ELEKTRIK UNTUK URBAN

Selain daripada model hibrid dan juga sedan, Honda juga menampilkan model kereta elektrik mereka yang dikenali dengan nama Honda E pada temasya permotoran yang berlangsung di Tokyo.

Honda e yang dikuasakan dengan tenaga elektrik ini menampilkan rekaan Civic telur puyuh datang dengan bateri ion lithiom yang berkuasa 35.3kw yang mampu bergerak sejauh 220km bagi setiap kali pengecasan yang penuh. Menurut kajian Honda ia masih mencukupi untuk pemanduan urban.

Bagi menyokong keperluan gaya hidup yang pantas, sistem pengecasan pantas Honda membolehkan 80% kuasa bateri dicas dalam masa 30 minit sahaja. Mungkin lagi cepat untuk dicas berbanding dengan telefon pintar anda. Kesemua kuasa elektrik akan dihantar pada motor elektrik yang dipasang pada roda belakang

Terdapat 2 pilihan trenkuasa yang ditawarkan oleh Honda buat masa ini. Varian asas akan datang dengan tawaran kuasa 134 kuasa dan juga 152 kuasa kuda. Walaupun berkuasa elektrik, motor yang berkuasa ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 8 saat sahaja.

Kalau versi Type R berapa agaknya kuasa kuda?

Terdapat 5 paparan skrin yang dipasang di dalam kabin Honda e yang akan memamaparkan pelbagai maklumat pemanduan dan juga status bateri. Untuk memudahkan pemandu mengetahui maklumat kereta, mereka boleh memuat turun aplikasi My Honda. Aplikasi ini membenarkan pemandu mendapatkan info seperti jarak operasi, sistem keselamatan, kawalan suhu dan pelbagai maklumat penting yang lain

Di UK varian asas model ini dijual pada harga permulaan sekitar RM 135,000. Varian premium pula yang datang dengan pelbagai fungsi tambahan seperti Center Mirror System, Honda Parking Pilot dan juga sistem bunyi yang lebih premium ditawarkan pada harga RM 148,000.

Google ads
Back to top button