,
Motosikal

JOHANN ZARCO MENGAKU SEMAKIN SELESA DENGAN JENTERA HONDA

Selain pelumba Monster Yamaha, Maverick Vinales yang memimpin sesi kelayakan di Philip Island, perhatian turut tertumpu kepada pelumba baru pasukan LCR Honda, Johaan Zarco.

Zarco yang menarik diri daripada pasukan factory KTM ketika perlumbaan musim 2019 masih banyak berbaki dilihat semakin dapat membiasakan diri jentera baharunya itu.

Hasilnya, dia dapat berada di kedudukan ke-15 dengan catatan masa hanya ketinggalan satu saat setengah berbanding pendahulu dalam sesi latihan bebas (FP1).

“Bukan senang untuk memahami motosikal ini dalam keadaan litar basah. Namun ia merupakan sesi yang dapat membina keyakinan, walaupun tidaklah terlalu laju. Syaa tidak nafikan bahawa saya agak perlahan di selekoh.

“Pecutan di selekoh memang penting di litar Philip Island. Saya bermula dengan sedikit perlahan di awal sesi, tetapi semakin mendapat rentak pada 20 minit terakhir. Matlamat utama saya sekarang adalah untuk mendapatkan keyakinan dengan motosikal Honda dan kembali ke pretasi sebelum ini,” kata Zarco.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang rookie untuk jentera Honda, dia mengakui tidak mahu membuat kesilapan mudah. Biarpun begitu, Zarco kekal optimis.

Google ads
Back to top button