Buletin

HONDA CARS INDIA RANCANG TUTUP KILANG, JUAL TANAH DI GUJARAT

Honda Cars India (HCI) kini dilapor merancang untuk menstruktur semula operasi produksinya bagi menangani masalah permintaan kenderaan yang semakin merudum.

Malah, beberapa orang yang mempunyai sumber maklumat dalaman mengakui bahawa Honda mahu menutup salah satu kemudahan pemasangannya.

Memetik laporan Economic Times Auto, jualan kereta yang semakin menurun sejak empat tahun lalu memaksa HCI menimbang untuk menutup kilangnya di Noida, menjual tanahnya di Gujarat dan memindahkan semua produksi kenderaan penumpang ke kilang di Rajashtan.

Kemudahan di Noida merupakan kilang pertama Honda di India. Kedua-dua kilang itu mempunyai kapasi pengeluaran 280,000 unit kenderaan setahun. Penutupan kilang di Noida bertujuan mengurangkan kos.

Kawasan di sekitar kilang Noida telah ditukar menjadi perumahan, sekali gus membuatkan kos kian meningkat. Honda juga tidak lagi menerima faedah cukai kerana kilang tersebut sudah berusia lebih 10 tahun.   

Pasukan pengurusan kanan Honda yang diketui oleh Ketua Rantau Asia-Oceania, Masayuki Igarshi dikatakan tiba dari Thailand untuk meneliti rancangan jangka sederhana pasaran India. Rancangan itu termasuklah pelan penstrukturan semula dan pengilangan.

Google ads
Back to top button