,
Buletin

TMS 2019: TOYOTA GRANACE, KELUARGA BARU ALPHARD/VELLFIRE

Toyota baru saja lancarkan model baru “Granace” pada Tokyo Motor Show tahun ini. Model wagon bersaiz penuh ini menggunakan sepenuhnya kelebihan saiz yang ada padanya untuk memaksimakan ruang dalaman dengan tawaran dua susunan tempat duduk.

Pelanggan boleh memilih sama ada mahukan 6-tempat duduk dengan 2 ataupun 3 barisan ataupun 8-tempat duduk dengan 4 barisan. Granace ini juga menampilkan buatan berkualiti tinggi, prestasi, keselesaaan, kawalan yang stabil dan ruang dalaman yang luas.

Ciri-ciri utama

  1. Gaya luaran yang menggambarkan kemewahan dan kemunculan penuh gaya

Gril radiator yang besar dengan kemasan krom yang saling bersepadu dengan lampu-lampu utama memang memberikan penampilan yang anggun. Lampu nyalaan siang LED dan lampu utama projektor lensa berlembar LED memang memperlihatkan ciri sofistikated yang sinonim dengan kereta-kereta mewah.

  • Kokpit bergaya dan berkualiti tinggi

Panel instrumen berwarna hitam memang memberikan gaya elegan dan mewah tambahan pula bila digandingkan dengan kemasan krom pada corong penyaman udara dan elemen kayu pada pintu penumpang hadapan. Paparan meter pula dibalut dengan kulit lengkap dengan jahitan sebenar memang menampakkan kualiti yang berbeza.

  • Ruang dalaman berkualiti dan serba luas

Selain pilihan 6-tempat duduk sebaris, Granace ini juga ditawarkan dengan pilihan 8-tempat duduk untuk memenuhi kehendak pasaran dunia yang berbeza. Walaupun dengan 8-tempat duduk tidak bermakna ia mempunyai kualiti yang rendah.

Malah ini sebenarnya memberikan kedudukan rehat yang selesa untuk penumpang lengkap dengan dekorasi elemen kayu dan sistem pencahayaan LED yang elegan lagi menenangkan.

  • Prestasi sofistikated dan berkualiti tinggi

Wagon model baru ini dikuasakan enjin disel bersih 2.8L 1GD yang dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan automatik dan memberikan kelancaran dan tork yang tinggi dari awal pemanduan.

Sistem suspensi baru trailing-link rigid-axle memastikan perjalanan lebih selesa dan stabil. Sistem insulasi dan tebatan bunyi memang satu kemestian untuk wagon mewah seperti ini dan Granace memang sangat cemerlang dari aspek ini.

  • Peralatan termaju dan terkini

Ia didatangkan lengkap dengan Toyota Safety Sense versi terbaru yang menampilkan fungsi pengesan yang mampu mengesan pejalan kaki baik pada waktu siang mahupun malam selain penunggang basikal ataupun motosikal.

Ia juga turut dilengkapi dengan sistem Intelligent Clearance Sonar yang digabungkan dengan Parking Support Brakes (untuk objek tidak bergerak) bagi membantu mengurangkan kemalangan sewaktu meletakkan kenderaan di kawasan pasar raya.

Selain daripada itu fungsi audionya juga menggunakan sistem termaju yang mampu dihubungkan dengan telefon pintar untuk operasi navigasi dan muzik menggunakan papapan skrin sentuh.  

Google ads
Back to top button