,
Buletin

TMS 2019: HONDA FREED GEN 2. HONDA SENSING, PILIHAN FWD DAN AWD

Honda Freed generasi kedua kini telah ditambah baik.Walaupun tidak lagi dijual di Malaysia, MPV kompak yang dibina di atas platform Jazz/City itu kini dipamerkan secara rasmi di acara Tokyo Motor Show 2019.

Apa yang lebih menarik, Freed menerima varian baharu dengan gayaan crossover yang dikenali sebagai Crosstar.

Antara gayaan unik yang ada padanya termasuklah gril hadapan dengan kemasan warna hitam, roof rails, cladding arca roda, rim aloi dua tona bersaiz 16 inci, lampu kabus LED, bampar dengan skid plate berwarna perak, serta hendal pintu dan perumah cermin sisi berwarna kelabu.

Freed Crosstar juga dipasang dengan kemasan plastik berwarna hitam pada skirting sisi. Di ruang kabin, Freed Crosstar didatangkan bersama kemasan kayu pada papan pemuka dan upholsteri istimewa bercorak digital.

Sementara model Freed yang biasa menerima gril baharu lebih kecil berbanding Crosstar. Tidak ketinggalan bonet, bampar hadapan rekaan baru bersama lgril bawah yang lebih bergaya.

Bahagian dalam menerima kemasan baru pada papan pemuka yang kelihatan seperti kayu walnut, selain pilihan upholsteri.

Semua varian Freed akan dipasang dengan sistem keselamatan Honda SENSING. Fungsi kawalan jelajah adaptif juga telah disemak semula untuk memberikan rasa pecutan dan brek yang lebih lancar.

Freed generasi kedua terus menggunakan enjin sama iaitu 1.5 liter empat selinder berkuasa 132PS dan rangkaian kuasa hibrid kitaran Atkinson 137PS.

Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear CVT dan DCT 7-kelajuan bersama sistem pacuan roda hadapan atau semua roda (AWD).

Sudah mula dijual di pasaran domestik Jepun pada 18 Oktober lalu, MPV kompak itu ditawarkan pada harga bermula 1.99 juta yen (RM77,000).

Pelanggan boleh memilih konfigurasi lima (Freed+), enam dan tujuh tempat duduk. Dari segi warna pula, terdapat lima pilihan iaitu oren, hijau, putih mutiara, kelabu dan biru.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button