Buletin

TOYOTA GRMN YARIS MENDARAT DI TOKYO AUTO SALON. TERHAD 500 UNIT

Toyota telah mendedahkan versi terbaharu model GR Yaris yang dikenali sebagai GRMN Yaris di Tokyo Auto Salon.

Model terbaharu itu ditawarkan dalam tiga pakej menarik dan terhad kepada 500 unit sahaja.

GRMN Yaris dijual pada harga bermula AS$64,108 (RM268,227), Rally Package didatangkan dengan tag harga AS$73,410 (RM307,147) manakala Circuit Package pula AS$74,183 (RM310,381).

Kesemua model GRMN Yaris dilengkapi transmisi manual enam kelajuan.

Selain itu, ia dilengkapi tempat duduk baharu bucket Recaro manakala tempat duduk belakang dibuang.

Jentera terbaharu itu turut mendapat bilangan titik kimpalan sebanyak 545 berbanding GR Yaris standard serta hadir dengan hud gentian karbon.

GRMN Yaris mendapat khidmat enjin tiga silinder 1.6 liter turbo yang mampu menjana kuasa 268 hp dan tork 390 Nm, peningkatan 20 Nm berbanding model GR Yaris.

Ia didatangkan ciri mekanikal limited-slip differential pada bahagian hadapan dan belakang.

Versi Circuit Package GRMN Yaris pula didatangkan dengan sentuhan warna Matte Steel yang terhad kepada 50 unit sahaja.

Toyota akan mengadakan undian untuk menentukan pembeli bertuah untuk 500 unit model terbaharu itu- carscoops

Google ads
Back to top button