
HONDA BINA STESEN PENUKARAN BATERI MOTOSIKAL ELEKTRIK DI TOKYO
Honda telah membina stesen penukaran bateri baharu di Tokyo yang kelihatan seperti yang dibuat oleh Gogoro. Sebenarnya, Gogoro telah menolak idea ini selama bertahun-tahun namun kini, Honda dan pelbagai gergasi mobiliti mengambil alih lalu merealisasikan.
Dengan adanya stesen tersebut, ia akan memudahkan penunggang motosikal elektrik untuk menukar bateri mereka.
Penggunaannya sangat mudah. Pengguna cuma perlu berinteraksi dengan skrin sentuh, kemudian terdapat pilihan untuk penukaran bateri. Sistem Honda disahkan melalui kad identiti yang diedarkan kepada pelanggan berdaftar.

Stesen “Honda Power Pack Exchanger e:” yang pertama kini telah dihantar kepada Gachaco Inc., sebuah usaha sama dengan syarikat minyak dan tenaga Jepun Eneos, serta pengeluar motosikal Yamaha, Suzuki dan Kawasaki.
Gachaco yang berpangkalan di Tokyo, mendapat sokongan daripada kerajaan dalam usaha untuk mencapai matlamat penggunaan motosikal elektrik pada tahun 2035.
Dari segi spesifikasi pula, pengunaan bateri boleh dikitar semula standard digunakan seperti dipersetujui oleh semua pengeluar, iaitu Pek Kuasa Mudah Alih Honda e: (MPP e:) memiliki kapasiti 1,314Wj. Ia akan mengambil masa kira-kira lima jam untuk dicas sepenuhnya.
Eneos menyumbangkan Bateri sebagai platform Perkhidmatan (BaaS) yang dibina atasnya untuk menyimpan tenaga semasa pengeluaran puncak dan nyahcas semula elektrik ke grid apabila permintaan meningkat.
Sekiranya bekalan elektrik terputus, jualan pek bateri dicas sepenuhnya juga tersedia di stesen tersebut bagi memastikan pemilik motosikal elektrik tidak terkandas.
Honda juga mengikuti Gogoro ke pasaran India, di mana pembuat kereta itu menubuhkan anak syarikat untuk membantu pengeluaran basikal elektrik dan beca.
Tahun lepas, Honda berkata ia melabur AS$45 bilion (RM213 bilion) dalam R&D untuk membuat roket, robot dan eVTOL.

