
DI UK PUSAT PENGECASAN EV LAGI BANYAK DARIPADA STESEN MINYAK
Di antara halangan terbesar kemajuan kenderaan elektrik (EV) ialah jumlah tempat pengecasan. Kemudahan tersebut adalah penting kerana EV memerlukan masa pengecasan lebih panjang berbanding pengisian minyak kereta konvensional.
Bayangkan terdapat tiga atau empat EV yang hendak dicas sedangkan hanya terdapat dua poin pengecasan pada satu-satu lokasi.
Halangan tersebut tidak harus terhenti setakat renungan dan perlu diatasi. Satu negara yang boleh dijadikan contoh ialah United Kindom (UK).
Sekarang ini terdapat 9,300 lokasi awam yang mempunyai kemudahan pengecasan EV di serata UK dan menariknya jumlah itu hampir 1,000 lebih tinggi berbanding 8,400 stesen minyak.
Jumlah tersebut hadir lebih awal daripada jangkaan Nissan pada Ogos 2020 yang dibuat pada 2016.
Ini adalah satu peristiwa penting dalam tempoh 100 tahun stesen minyak pertama Britain yang dibuka di Aldermaston, Berkshire pada November 1919. Jumlah stesen minyak di UK pernah memuncak sehingga puluhan ribu dan kini diatasi oleh stesen pengecasan EV.
Hampir 80 peratus stesen minyak di UK ditutup sejak 1970 manakala lokasi pengecasan EV terus bertambah, dari hanya beberapa ratus pada tahun 2011 dan meningkat kepada lebih 9,000 pada Ogos 2019.
Daripada jumlah tersebut, lebih 1600 mempunyai kemudahan pengecasan pantas dan berupaya mengecas bateri EV biasa sehingga 80 peratus dalam tempoh kurang satu jam.
Mengikut data daripada Zap-Map sebanyak dua peranti pengecasan pantas didaftarkan di dalam talian setiap hari pada bulan lalu. Selain itu, hampir kesemua pusat servis di jalan raya (motorway) UK mempunyai stesen pengecasan dan majoriti daripadanya mempunyai kemudahan pengecasan pantas.
Kebanyakan pemilik EV hanya perlu mengecas kenderaan mereka di kediaman mereka dan faktor tersebut turut mempengaruhi kerajaan UK untuk menyokong rangkaian EV termasuk rancangan pemasangan poin pengecasan di semua perumahan baharu.
Jualan EV di UK terus mendapat sambutan hangat. Pada bulan Ogos 2019, permintaan untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) melonjak hingga 158.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Jumlah tersebut mewakili 1.4 peratus pegangan pasaran dan bulan tertinggi di dalam rekod.
Nissan mempunyai prestij dalam segmen ini. Nissan LEAF sudah terjual lebih daripada 400,000 unit sejak dijual di peringkat antarabangsa pada 2010 dan merupakan pengeluar terlaris dunia untuk kenderaan elektrik.
Negara kita turut tidak ketinggalan apabila LEAF generasi pertama dijual kepada orang ramai dan baru-baru ini Edaran Tan Chong Motor baru sahaja melancarkan LEAF generasi kedua dengan pakej yang menarik.
Perkembangan di UK ini adalah satu contoh bagaimana teknologi baharu berjaya dikembangkan dengan baik dan boleh dijadikan kajian kes untuk diikuti negara lain.
Berikut ialah statistik stesen minyak dan lokasi pengecasan di UK sejak tahun 1970:
Tahun |
Stesen minyak |
|
1970 |
37,539 |
Pusat pengecasan |
1980 |
25,527 |
|
1990 |
19,465 |
|
2000 |
13,043 |
|
2005 |
9,764 |
|
2010 |
8,892 |
|
2011 |
8,480 |
|
2012 |
8,693 |
913 |
2013 |
8,611 |
1,962 |
2014 |
8,609 |
2,775 |
2015 |
8,472 |
3,646 |
2016 |
8,489 |
4,232 |
2017 |
8,442 |
4,954 |
2018 |
8,396 |
6,669 |
2019 (Ogos) |
8,396* |
9,199 |
*Data setakat penghujung 2018
BACA: NISSAN LEAF BAHARU, AKSES KEPADA EV PERTAMA ANDA!
BACA: RM61K – HARGA PERMULAAN NISSAN VERSA (ALMERA) DI AS
BACA: PADA 1971, NISSAN FAIRLADY 240ZG DIGUNAKAN SEBAGAI KERETA POLIS