Buletin

CHINA TUTUP STESEN PENGECASAN EV KERANA GELOMBANG HABA

China kini nyata tertekan berikutan gelombang haba terburuk dalam tempoh 50 tahun yang sedang melanda di negara itu. Keadaan tersebut memaksa pembuat kereta elektrik Tesla dan Nio menutup beberapa stesen pengecasan mereka di wilayah Sichuan untuk menjimatkan tenaga.

Pemilik EV jenama Tesla dan Nio melaporkan bahawa mereka mula mengetahui tentang stesen pengecasan tertentu di bandar Chengdu di tidak lagi beropeasi melalui aplikasi. Perkhidmatan pengecasan digantung sehingga ke wilayah Chongqing, sebuah bandar yang terletak kira-kira 322km di timur ibu kota Sichuan.

Media tempatan melaporkan hanya dua stesen Tesla yang masih beroperasi. Sejak 17 Ogos ia hanya beroperasi pada waktu malam.

Wilayah Sichuan bergantung pada empangan hidroelektrik, tetapi sungai di rantau ini berada pada paras air yang sangat rendah. Pengeluaran kuasa hidro yang berkurangan mendorong pihak berkuasa untuk menutup kilang pembuat mikrocip dan kemudahan memproses lithium untuk bateri EV.

Penutupan kilang itu mungkin menjejaskan pengeluaran kenderaan di seluruh China. Pembuat kereta bertindak balas terhadap penutupan kilang dengan meminta kerajaan campur tangan dan menyalurkan baki pengeluaran kuasa kepada kilang yang mengeluarkan komponen automotif.

Gelombang haba dan kemarau yang melanda bukan sahaja menjejaskan pengeluaran EV, bahkan memberi kesan kepada pemilik EV. Nio berkata pemilik boleh menukar pek bateri kosong kereta mereka dengan yang penuh. Tiada kuasa yang mencukupi untuk mengecas semula bateri yang telah habis.

Syarikat itu juga meminta pemilik di Sichuan untuk berkongsi stesen pengecasan rumah mereka dengan pemilik yang tidak memilikinya pada bulan depan, dari 20 Ogos hingga 20 September.

Selain China, AS juga menerima nasib yang sama. Tesla meminta pemilik keretanya di Texas untuk mengelakkan pengecasan pada waktu siang hari puncak. Cuma bezanya di Texas, ini adalah cadangan daripada Tesla. Sedangkan di China, penutupan stesen pengecas adalah arahan kerajaan.

Google ads
Back to top button