Motosikal

HELMET RETRO GIVI

Givi, pengeluar perlengkapan motosikal dari Itali memperkenalkan helmet baharu dengan gaya retro. Givi Oldster kini sudah disertakan dalam katalog produk Givi 2016.

givi-oldster-2016-mekanika (1)

Model Oldster ditawarkan buat mereka yang sukakan kepada imej vintaj. Sebanyak enam varian warna disediakan dengan tawaran muka penuh dan setengah. Barisan warna berkenaan ialah Matt Black (N900), Gloss Black (N902), Stripes Black/Yellow (BKYL),  Stripes Military Green/Black (MGBK), Stripes Red/Black (RDBK) dan Stripes Yellow/Black (YLBR).

Saiz topi keledar ditawarkan bermula dari XS sehinggalah XL. Helmet dengan berat  850 hingga 950 gram itu turut didatangkan dengan visor anti-calar dan lapisan kepala anti-alahan.

Topi keledar penuh gaya ini dijangka dijual pada harga bermula AS$165 (RM700) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button