
TOTEM SUPER GT – MODEL KLASIK YANG MODEN DAN LAJU
Sekali tengok model kereta ini macam model kereta olskool yang biasa biasa. Tapi ini adalah Totem Automobili GT Super, sebuah model kelahiran semula yang mana ianya menggabungkan casis asal Alfa Romeo Giulia GT dengan monocoque gentian karbon bagi menghasilan produk akhir yang cukup menawan dan kelihatn cukup klasik.
Dan orang yang bertanggungjawab di atas penghasilkan model ini adalah Riccardo Quaggio, seorang pereka automotif yang mempunyai gerak hati memberikan kehidupan kedua kepada siluet ikonik Alfa Romeo Giulia GT. Walau pun masih muda, namun beliau cukup meminati rekaan klasik. Hasilnya beliau telah menubuhkan Totem Automobili pada tahun 2018 bagi memenuhi Impian sedari kecil lagi.

Dan model GT Super ini sememangnya bukanlah model yang biasa – biasa. Walau pun rupa luarannya kelihatan cukup klasik dan mungkin ada yang beranggapan ianya akan sama perlahan dengan basikal anda mungkin silap.
Kaedah pembuatan yang datang dari dunia aeronautik, penggunaan gentian karbon terbaik yang pernah dihasilkan secara besar-besaran dan unit kuasa menggunakan teknologi F1 adalah elemen utama disebalik proses pembuatan Totem GT Super ini.
Proses kejuruteraan di sebalik pembangunan trenkuasa ini bermula daripada asas enjin 2.8 Twin-turbo V6 yang telah ditambah baik melebihi yang mustahil. Totem telah mencipta trenkuasa yang unik dalam kelasnya: dengan berat kurang daripada 180Kg, ini adalah V6 Twin-turbo paling padat dan ringan pernah wujud di dunia.

Apatah lagi ianya turut digabungkan dengan dua peringkat supercharger yang pertama kali digunakan dan sistem suntikan langsung & tidak langsung yang inovatif. Dipadankan pula dengan kotak gear manua enam kelajuan, memang sedap betul nak memecut. Kuasa yang dihasilkan cukup mengangumkan. Khabarnya boleh mencecah sehingga 600 HP. Malah mungkin lebih.
Beberapa komponen kereta ini juga kini menggunakan bahan gentian karbon seperti panel pintu dan juga tempat duduk yang pastinya telah mengurangkan lagi berat kereta.

Kereta yang laju ini juga semestinya menggunakan sistem brek yang moden dan handal daripada Brembo di hadapan dan juga belakang. Menyembunyikan brek tersebut adalah rim daripada Billet GTA bersaiz 18 inci yang dibaluti dengan tayar Pirelli P Zero.

Walau pun mempunyai aura sebuah kereta klasik tetapi beberapac ciri moden seperti sistem infohiburan bersaiz 3.5 inci lengkap dengan fungsi Google Maps turut tersedia untuk kemudahan pemandu.
Dan model GT Super ini boleh ditempah dengan harga €430,000 (RM2,160,738). Walau anda punya duit berkoyan, belum tentu anda akan dapat memilikinya. Kerana ianya akan dihasilkan dalam jumlah yang cukup terhad. Nak order dulu tengok boleh dapat ke tak.
BACA : ALFA ROMEO GIULIA QUADRIFOGLIO – SEDAN PERANG DARI ITALI !