Artikel Pilihan

ALFA ROMEO SPIDER – RARE JUGA NI SEBENARNYA

Di zaman dahulu kala di negara Itali, barangkali inilah dia kereta yang kelihatan cukup sesuai untuk dipandu oleh lelaki, sama ada Sang Playboy atau pun Mafia level kecil – kecilan. Yang pasti, penampilan Alfa Romeo Spider ini sememangnya nampak cukup menyerlah di era 60an ketika ianya mula diperkenalkan dahulu.

Model Alfa Romeo Spider generasi pertama yang kelihatan sangat mengancam ini asalnya memulakan produksi pada tahun 1963 dan tamat pada tahun 1969. Boleh tahan singkat juga produksi model ini sebenarnya.

Sebelum kelahiran Alfa Romeo Spider ini, firma dari Itali ini terlebih dahulu memperkenalkan model Giulia Spider 1600. Kiranya itulah model yang paling ter-sport dalam keluaran Alfa Romeo ketika itu. Namun, kedudukannya telah dirampas setelah pengenalan Alfa Romeo Spider ini. Apatah lagi ianya dijanakan enjin yang bersesaran lebih besar, 2.0 liter bagi model yang ini. Selain itu,dua pilihan enjin juga pernah ditawarkan, 1.6 dan juga 1.3 liter.

Malah jikalau dilihat rekaannya juga hampir setanding dengan rekaan pembuat kereta sport dari Eropah yang lain. Terima kasih kepada Battista Pininfarina yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk kereta ini. Dari bahagian hadapan, lampu utama berbentuk bulat itu merupakan trend ketika itu dalam pembuatan kereta sport.

Ruang dalaman Alfa Romeo Spider ini kelihatan hampir kelihatan seperti sedia ada sewaktu ianya mula keluar daripada bilik pameran tapi BK percaya pemilik sebelumnya telah membalut semula kulit tempat duduk yang telah ditambah jaluran warna kuning bagi memastikan penampilannya senada dengan warna di bahagian luar. Dan BK juga yakin tombol gear berwarna kuning itu turut telah ditukar bagi membolehkan ianya turut senada dengan warna tema roadster dua tempat duduk ini.

Model keluaran 1973 ini sememangnya ori yang didaftarkan pada tahun yang sama lengkap dengan no pendaftaran yang asal dan bukannya model import yang dibawa masuk kemudiannya. Kondisi luarannya dikekalkan seperti asal termasuklah rim asal. Kereta sport Alfa Romeo Spider ini boleh dianggap sebagai antara koleksi yang rare untuk dimiliki oleh para pengumpul pada harga $109,800 (RM338,694). Mungkin dianggap mahal dan tidak padan. Tapi kalau dinilai pada rarity yang ada pada model ini, nescaya harganya tidak akan pernah turun.

Kredit Foto: www.sgcarmart.com

BACA : ITALIAN TAK PRAKTIKAL LANGSUNG – ALFA ROMEO 4C

BACA : FERRARI 458 MILIK MAFIA – KINI JADI KERETA POLIS

Google ads
Back to top button