Buletin

TOYOTA KUASAI 12.1% PASARAN PADA Q1 2021. JUALAN VIOS, YARIS DAN HILUX TERUS LARIS

UMW Toyota Motor mengumumkan pertumbuhan jualan yang kukuh untuk suku pertama 2021 apabila sebanyak 17,000 unit kenderaan Toyota dan Lexus berjaya dijual dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. 

Angka itu membolehkan Toyota menguasai 12.1 peratus pasaran, naik 62 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Model paling laris ialah Vios dan Hilux yang menguasai 56 peratus pasaran trak pikap di Malaysia. Yaris kekal di kedudukan No. 1 dalam segmen hatchback bukan nasional dengan perkongsian pasaran sebanyak 73 peratus. Vios dan Vios GRS juga mendapat sambutan hangat denhan lebih 5,600 unit sudah terjual sejak dilancarkan.

Jualan hot hatch berkuasa tinggi, GR yaris nyata melepasi jangkaan apabila semua unit yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia habis dijual dalam masa sebulan. Sementara Innova dan Fortuner yang telah ditambah baik pula terus menerima maklum balas positif daripada pengguna. 

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, UMW Toyota akan mengadakan promosi Countless Rewards kepada pelanggan yang memandu pulang sebuah Toyota baharu sewaktu beraya atau sebelum tempoh pengecualian cukai tamat. 

Skim pembiayaan EZ beli pula menawarkan  pendahuluan rendah, bergantung kepada model yang dipilih. Pelanggan juga boleh berjimat dengan Toyota Service Savers yang bertujuan mengurangkan kos penyelenggaraan kereta Toyota mereka. 

Google ads
Back to top button