Buletin

MITSUBISHI CATAT PRESTASI JUALAN TERTINGGI DENGAN 4,156 UNIT PADA Q4 FY2020

Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan prestasi jualan paling tinggi pernah direkodkan dalam sejarahnya. 

MMM berjaya mencatat jualan 4,156 unit sepanjang suku keempat (Januari hingga Max 2021). Ini merupakan kenaikan sebanyak 135 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Syarikat juga mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 51 peratus dengan 11,554 unit kenderaan untuk tahun kewangan 2020, berbanding tahun sebelumnya. 

Pencapaian memberangsangkan itu disumbang oleh maklum balas positif orang ramai terhadap Xpander yang kini menerima lebih 9,300 tempahan sejak dilancarkan pada November 2020. Sehingga kini, 2,742 unit telah diserahkan kepada pelanggan. 

“Dengan respons positif ke atas Xpander, kami akan meningkatkan kapasiti pengeluaran demi memenuhi tempahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. 

Trak pikap Triton juga terus diminati ramai apabila jualannya naik 32 peratus keoada 7,468 unit. 

“Disokong oleh pengedar, kami telah mengembangkan cawangan jualan ke Temerloh, Kuala Selangor dan Petaling Jaya. Malah lebih 60 peratus pengedar kami telah menaik taraf outlet masing-masing untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya lagi.

Google ads
Back to top button