
TOYOTA 2000GT HOSOYA SHIHOMI GRAND PRIX #15 – JELMAAN KERETA LUMBA OLSKOL
Melihatkan rupa luarannya, sudah pasti ianya sukar untuk menarik perhatian anak muda untuk berhenti melihatkan model apakah ini ketika dipamerkan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL). BBNU memang tak minat pun kereta ini.
Memandangkan BK ini sudah lanjut usia, maka kereta kereta otai sebegini memang mudah untuk menarik perhatian pandangan mata. Model yang dipamerkan ini adalah Toyota 2000GT, yang berinspirasikan daripada model Toyota 2000GT Hosoya Shihomi Grand Prix #15.
Sedikit sejarah untui diimbas, ketika pembangunan model 2000GT ini, Toyota juga telah merancang untuk turut bertanding dalam dunia perlumbaan. Di kala itu, sebenarnya Jepun masih lagi bergelut dalam fasa pemulihan akibat daripada Perang Dunia Ke 2. Dan dengan hanya aktif dalam dunia perindustrian (termasuklah dunia automotif) mampu membawa Jepun kembali bangkit akibat daripada sengsara.

Ketika model 2000GT ini diperkenalkan pada tahun 1965, Jepun hanya mempunyai sebuah litar tetap, Litar Suzuka yang ironinya dimiliki oleh Honda. Kemudiannya pada tahun 1966 barulah Litar Fuji dibuka. Susulan daripada pembukaan Litar Fuji, ternyata telah merancakkan perlumbaan di bumi Jepun. Dan ketika perlumbaan Grand Prix yang diadakan pada tahun 1966, kereta ini telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam suatu perlumbaan yang sengit membabitkan beberapa jenama yang telah ada nama ketika itu. Itu jam, kereta asal tersebut telah dipandu oleh Hosoya Shihomi dengan menggunakan nombor 15.
Dan ini adalah model replika yang dikhususkan untuk mengenang sang lejen yang dibina semula oleh Rocky Auto. Mereka cukup terkenal dalam kerja – kerja restorasi kereta klasik dan termasuklah juga melengkapkan teknologi moden terhadap kereta klasik bagi keselesaan pemanduan.

Model ini sebenarnya adalah daripada Toyota 3000GT yang dijelmakan sebagai model 2000GT Hosoya Shihomi. Penampilan luarannya seakan betul model kereta lumba lejen tersebut. Siap lengkap dengan skup udara yang terletak di bahagian tepi kiri bahagian atas lampu utama. Benar, skup udara yang asal memang disitulah letaknya.
Juga terdapat dua saluran udara di bahagian belakang menuju ke bonet serta di bahagian tayar belakang. Dan jelas juga kelihatan lampu jenis pop-up telah dibuang, sama seperti model kereta lumba tersebut.

Untuk model yang asli, keempat – empat bahagian fender depan dan belakang juga telah dibuang bagi membolehkan rim yang lebih lebar dimuatkan tanpa masalah. Senang betul kejuruteraan dulu kala Jepun ni kan. Malah, panel pintu juga telah dibuang. Tetapi untuk model yang ini tidaklah. Karang nak buka pintu macam mana? Takkanlah nak pakai main umpil gitu aja kan?
Tahukah anda juga bahawa model ini juga sebenarnya turut dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2023 awal tahun itu hari?
BACA : TOYOTA 2000GT – KERETA KLASIK JEPUN TERMAHAL DI DUNIA!
BACA : KHAS BUAT PEMILIK TOYOTA 2000GT, TOYOTA BUAT SEMULA ALAT GANTI TULEN!






