
MAZDA CCX-3 1.5 2022, SUV MAZDA HARGA RAHMAH
Mazda CX-3 bukanlah satu model baru buat pasaran Malaysia ataupun dunia. Ia diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2014 ketika Los Angeles Motorshow. Rekaan moden CX-3 berjaya menambat hati juri bagi memenangi anugerah Red Dot Design Award 2015
Beberapa tahun lepas harga CX-3 bagi varian dengan enjin 2.0 hanyalah sekitar RM 122,000 sahaja. Namun dengan penurunan nilai Ringgit menyebabkan harga CX-3 yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini mengalami peningkatan harga dan menjejaskan posisi kedudukan harga CX-3
Jadi bagi tahun 2022, Mazda memutuskan untuk memasang dan mengimport model ini dari Rayong, Thailand bagi menikmati inisiatif cukai yang lebih baik dengan harga RM 107,920 tanpa insurans bagi varian 1.5G 2WD Core.

Ya dengan harga tersebut anda sebuah crossover terkecil daripada Mazda dengan ukuran sekitar 4275mm panjang, 1765mm lebar serta tinggi 1535mm. Untuk jarak antara roda pula, saiznya ialah 2570mm iaitu sama dengan Mazda 2 yang menjadi asas binaan Mazda CX-3
Dari segi luaran anda masih akan menerima ciri-ciri seperti berikut:
1. Lampu depan halogen dengan projektor, lampu DRL halogen, lampu kabus belakang, lampu kabus belakang serta lampu belakang yang turut menggunakan mentol biasa. Varian 1.5G Core juga tidak dipasang dengan sebarang sensor Mazda i-Activesense

2. Saiz rim adalah 16 inci serta dibalut dengan tayar Bridgestone Turanza bersaiz 215/60. Walaupun ia varian terendah, CX-3 1.5G Core masih menggunakan brek cakera di belakang serta dipadankan dengan sistem brek parkir elektrik
3. Di bahagian belakang pula, lampu kabus masih lagi dikekalkan pada Mazda CX-3, tip ekzos berkembar dan rear spoiler diberikan. Ruang kargo adalah sebesar 350 liter tapi ruang bawah memuatkan tayar simpanan kecemasan bersaiz penuh. Sekiranya kusyen belakang dilipat, CX-3 menawarkan ruang sebesar 1260 liter.
4. Anda masih mendapat ciri kemasukan tanpa kunci serta sensor undur di bahagian belakang selain ciri kamera pandang belakang turut dikekalkan. Hanya varian 2.0G High sahaja yang mendapat teknologi kamera 360 darjah

5. Enjin 1500cc P5 VPS F-P5 menghasilkan sekitar 114 kuasa kuda dan 148Nm tork dengan nisbah mampatan yang agak tinggi bagi kelasnya iaitu 14:1. Enjin ini dipautkan pada transmisi 6 kelajuan automatik bagi mencapai halaju tertinggi sekitar 180km/jam
Walaupun tiada ciri paddleshift, CX-3 1.5G Core tetap menawarkan ciri shiftronic iaitu anda masih boleh mengawal penukaran gear dengan menggunakan tombol gear. Cuma alihkan kedudukan tombol gear ke arah posisi S/M dengan tanda +/- bagi menggunakan ciri ini
6. Meter kelajuan menggunakan meter analog tapi meter RPM dan juga meter informasi lain adalah digital sepenuhnya. Hanya varian tertinggi sahaja ditawarkan dengan ciri Head Up Display. Selain ciri EPB, CX-3 juga ditawarkan dengan ciri AutoHold.

CX-3 juga tidak kedekut dengan pelbagai ciri moden seperti skrin Mazda i-Connect dengan sambungan Apple Car Play, Android Auto, butang Start/Stop, autocruise , 2 poin USB, stering balutan kulit, papan pemuka balutan kulit, stering dengan ciri telekopik serta soket 12 Volt
Dari segi pemanduan, penulis ringkaskan pengalaman pemanduan seperti berikut:
8. Walaupun berat CX-3 1.5G Core mencecah 1255kg, namun prestasi enjin 1500cc 4 silinder aspirasi normal ini boleh dipuji terutama pada halaju tinggi. Untuk RPM pertengahan, ciri shiftronic membantu penulis mencapai pecutan yang baik terutama ketika memerlukan kuasa enjin untuk memotong
Hanya ketika pada RPM rendah sahaja barulah terasa enjin ini agak lemau seperti kekurangan tork, namun bila mengingatkan ia hanya menawarkan 149Nm pada 4000 RPM maka anda akan faham karekter enjin ini

9. Pada pandangan penulis, transmisi 6 kelajuan automatik yang dipasang pada varian 1.5 Core adalah sama spesifikasinya seperti varian 2.0. terutama dari segi susunan forward ratio. MUNGKIN yang berbeza hanyalah final ratio yang berbeza. Untuk pemanduan halaju sekitar 120-140km/jam, CX-3 memberikan bacaan purata sekitar 15km/liter
10. Penggunaan tayar Bridgestone Turanza siri 60 dengan rim 16 inci menawarkan keselesaan yang bagus untuk CX-3. Ia lebih selesa namun masih menawarkan respon cesi yang bagus apabila input stering diberikan, terutama jika anda memandu secara agresif dengan penukaran gear dibuat secara manual
Walaupun varian asas, CX-3 masing menawarkan ciri G-Vectoring yang akan membrek tayar depan sewaktu ia memecut keluar dari selekoh. Proses ini menjadikan CX-3 lebih stabil dan selesa walaupun dipandu secara agresif dan tidak menyebabkan penumpang belakang mengalami motion sickness

11. Malah kusyen untuk pemandu dan penumpang juga adalah selesa dengan menawarkan postur yang bagus bagi mengurangkan kepenatan. Tapi disebabkan jarak antara roda hanyalah 2570mm serta kedudukan enjin ditarik ke belakang sedikit, maka ruangan penumpang belakang adalah kecil sedikit
Mazda CX-3 1.5G Core ditawarkan dengan pakej servis percuma selama 5 tahun atau 100,000km yang pertama. Pakej ini juga merangkumi 5 tahun jaminan bagi memberikan pemilik Mazda pengalaman pemilikan yang menenangkan jiwa.
Mungkin ada bakal pembeli yang berduit perlukan sebuah crossover kompak bukannya kereta kompak disebabkan mereka mampu dari segi kewangan. Mereka perlukan sebuah crossover bandar yang lebih tinggi sedikit, lebih sedap dipandu dan lebih ranggi sebagai sebuah kenderaan kedua. Mazda CX-3 1.5G Core yang berharga RM 108,000 ini adalah pilihan yang tepat bagi sebuah kenderaan kedua


