Artikel Pilihan

POLIS TAHAN PEMANDU KANAK-KANAK BERUSIA 10 TAHUN – NAK PERGI CARI IBU KATANYA

Sekarang ni trend kanak-kanak curi pandu kereta ke? Sebelum ni berlaku kat Malaysia dan kali ini kat Michigan, AS pula. Peronda lebuh raya di sana berjaya menahan kanak-kanak terbabit yang dikatakan mencuri sebuah kereta sebelum memandu untuk berjumpa dengan ibunya.

Menurut pihak berkuasa, kecurian berlaku di Hess Avenue. Polis menerima panggilan daripada orang ramai dan OnStar (sistem sokongan dalam talian GM) yang menyatakan lokasi kereta jenis Buick Encore 2017 yang dilarikan. Ia kemudian ditemui sedang bergerak di I-75 dengan kelajuan tinggi.

Peronda lebuh raya kemudian menghampiri kenderaan saspek dan mengambil langkah untuk menghentikannya. Kereta tersebut berjaya dihentikan dengan selamat oleh OnStar selepas menggesel besi penghadang.

Budak lelaki tersebut mungkin sedar kesalahan yang dilakukan beliau kerana cuba untuk melarikan diri selepas diberhentikan tetapi berjaya ditahan pihak berkuasa. Kalau dilihat dari segi pemanduan, budak ini boleh dikatakan ada skil kerana berjaya mengelak kemalangan dan bergerak ke kiri dan kanan untuk mengelakkan kejaran peronda lebuh raya.

Laporan media tempatan menyatakan yang kereta yang digunakan ialah milik ibu remaja terbabit. Semasa kejadian budak lelaki tersebut berada di rumah warisnya sebelum bertindak melarikan kereta untuk bertemu ibunya.

Sebab masih di bawah umur, saspek masih ditahan di pusat tahanan juvana sehingga siasatan selesai.

Banyak pula kejadian pelik berlaku di Michigan ni. Hari tu ada adegan koboi menjerat lembu atas lebuh raya dengan tali lasso. Kali ini budak kecil pula kena kejar dengan peronda lebuh raya. Apa pula lepas ni ye? Ke budak ni terpengaruh dengan kisah kanak-kanak bawa kereta di Malaysia hari tu?

Google ads
Back to top button