Motosikal

BMW PATH 22 UNTUK PELUNCUR OMBAK

Percubaan BMW Motorrad memperkenalkan model konsep pertama kalinya bagi kategori Scrambler nyata berhasil. Model BMW Path 22 itu dipamerkan pada Frankfurt Motor Show 2015 selepas melakukan debut pada Festival Wheels and Waves, Jun lalu.

bmw-concept-path-22-mekanika (6)

Pembangunan Path 22 mewakili mereka yang gemarkan aktiviti sukan lasak dan inginkan kebebasan terutama para peminat luncur air.

Path 22 dibina berasaskan kepada model roadster BMW R nineT. Bagi menyesuaikannya dengan laluan off road, suspensi Path 22 telah ditala, selain menggunakan peralatan berkualiti tinggi daripada Ohlin dan Gilles Tooling.

bmw-concept-path-22-mekanika (16)

Path 22 dipasang tayar yang lebih besar bersama rim aloi 5 jejari aluminium, sesuai digunakan pada permukaan berpasir.

Ciri lain yang dapat dilihat termasuklah pelana kemasan kulit, lampu isyarat membelok yang digabungkan dengan bar hendal dan ekzos keluli tahan karat Akrapovic.

bmw-concept-path-22-mekanika (12)

Di sisi kanan jentera tersedia pemegang papan luncur diperbuat daripada aluminium dan kemasan kulit yang mengambil kira saiz papan luncur yang pelbagai. Pemegang papan luncur tersebut  boleh dilipat atau ditanggalkan sekiranya tidak digunakan.

Path 22 digerakkan oleh enjin boxer dua silinder bersama penggerak cardan yang menghasilkan kuasa 110bhp @ 7, 550rpm dan tork setinggi 118Nm @ 6000rpm.

bmw-concept-path-22-mekanika (11)

BMW turut melibatkan pelukis Ornamental Conifer atau lebih dikenali sebagai Nico Sclater dan pereka kustom papan luncur Mason Dyer untuk menghasilkan Path 22.

bmw-concept-path-22-mekanika (15)

Walaupun masih sebuah model konsep, namun sudah ada model kustom yang dihasilkan oleh BMW Motorrad.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button