Buletin

TOYOTA C-HR 2024 MASUK PASARAN ASIA – CHINA JADI DESTINASI PERTAMA

Toyota C-HR 2024 sebelum ini menyatakan bahawa ia hanya akan mempunyai versi Eropah tetapi  baru-baru laporan mendedahkan model ini dipatenkan di pasaran China.

Menurut laporan, ia bakal ditawarkan tiga trenkuasa di pasaran China.

Kereta baharu itu menggunakan platform E3 yang dibangunkan khas oleh Toyota Group untuk pasaran Eropah, dan serasi dengan kenderaan hibrid, plug-in hybrid serta kenderaan elektrik tulen.

Secara mekanikal, pada masa ini C-HR mempunyai 3 konfigurasi enjin dan 4 mod pemanduan di Eropah, iaitu 1.8L hibrid THS generasi kelima, 140hp dan pacuan roda hadapan.

Untuk hibrid, ia dijana oleh 2.0L hibrid THS generasi kelima, menghamburkan kuasa 198hp, pacuan roda hadapan atau semua roda, pecutan 0-100 dalam 8.1 saat (FWD) dan 7.9 saat (AWD).

Bagi plug-in hibrid pula, ia dikuasakan oleh 2.0L hibrid plug-in THS generasi kelima, menghasilkan 223hp, pacuan roda hadapan, pecutan 0-100 dalam 7.3 saat dan julat elektrik tulen 66km.

Selain China, Jepun mungkin menjadi destinasi seterusnya untuk model ini mendarat.

Namun apa yang diketahui setakat ini ialah Taiwan dan Thailand mengesahkan mereka tidak akan memperkenalkan model generasi kedua itu. – Automachi

Google ads
Back to top button