
TOYOTA HILUX RANGGA BAKAL DILANCARKAN TAHUN DEPAN, HARGA LEBIH MURAH BERBANDING HILUX 4X2
PT Toyota Astra Motor (TAM) mengesahkan akan melancarkan Toyota Rangga versi pengeluaran awal tahun depan di Indonesia.
Versi produksi ini akan membawa nama Hilux Rangga, berbeza dengan Thailand yang menggunakan nama Hilux Champ.
“Tidak (menggunakan nama Hilux Champ). Kami menggunakan Hilux Rangga. Kami menggunakan nama yang lebih Indonesia supaya dapat disesuaikan dengan keperluan di Indonesia,” kata Pengarah Pemasaran PT TAM Anton Jimmi Suwandy.
Bukan sahaja namanya berbeza, Anton turut memberitahu spesifikasi Hilux Rangga juga akan berbeza berbanding Hilux Champ.

Mengenai spesifikasi, Toyota Hilux Champ di Thailand hadir dalam tiga pilihan enjin iaitu enjin petrol 2.0 liter, petrol 2.7 liter dan diesel 2.4 liter.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual untuk enjin 2.0L serta transmisi manual dan automatik untuk enjin diesel 2.7L serta 2.4L.
Selain itu, terdapat juga pilihan jarak roda panjang dan pendek.
Enjin petrol 2.0L mampu menghasilkan kuasa maksimum 139hp @ 5,600rpm dan enjin petrol 2.7 L berupaya menghamburkan kuasa 166hp @ 5,200rpm.
Sementara, enjin diesel 2.4L pula menghasilkan 150hp pada 3,400 rpm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 6 kelajuan dengan Sequential Shift.
Di Indonesia, Hilux Rangga menggunakan enjin yang sama seperti Hilux yang dijual sekarang, enjin 2,000cc 1TR-FE, empat silinder DOHC dengan dwi VVT-i.
Nadi tersebut berupaya menjana kuasa 137hp pada 5,600rpm dan 183.3Nm tork pada 4,000rpm.
Menurut laporan, pikap ini akan dipasarkan pada harga lebih murah berbanding Hilux 4X2.
Menerusi laman Toyota Indonesia, ketika ini Toyota Hilux Single Cabin 2.0 M/T (4X2) dijual pada harga IDR 281.9 juta (RM84,719).
Untuk Hilux Single Cabin 2.4 Diesel M/T pula berharga IDR 302.6 juta (RM90,940).








