Buletin

TOYOTA FORTUNER FACELIFT 2015

UMW Toyota Motor semalam mengumumkan pengenalan model SUV 4×4 Fortuner facelift ke pasaran Malaysia.

Toyota-Fortuner-mekanika (5)

Fortuner itu bagaimanapun hanya menerima perubahan kosmetik yang minimum. Pada bahagian luaran, perubahan itu melibatkan lampu utama dan belakang yang telah direka semula.

Lampu nyalaan siang (DRL) LED kini diletakkan pada sisi bampar hadapan. Model tahun 2015 itu juga didatangkan dalam dua warna baharu iaitu hitam dan kelabu metalik.

Toyota-Fortuner-mekanika (3)

Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, Fortuner hadir dalam empat varian dan harga seperti berikut (di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia sahaja):

TOYOTA FORTUNER 2.5G (D) A/T                                              : RM172,122.20

TOYOTA FORTUNER 2.5G (D) A/T TRD Sportivo                     : RM175,580.20

TOYOTA FORTUNER 2.7V (P) A/T                                              : RM179,841.30

TOYOTA FORTUNER 2.7V (D) A/T TRD Sportivo                     : RM172,122.20

Toyota-Fortuner-mekanika (4)

Ruang kabin Fortuner mengekalkan konsep “Advanced & Prestige”. Panel-panel kemasan kayu dan tona hitam nyata meningkatkan lagi kemewahan dan praktikaliti SUV tujuh tempat duduk itu.

Lebih menarik lagi, pelanggan diberi pilihan untuk memasang sistem DVD Audio-Video Navigation (DVD-AVN) yang baru. Sistem ini menawarkan pelbagai ciri seperti ketersambungan dengan telefon pintar, akses internet dan pengecaman suara.

Toyota-Fortuner-mekanika (6)

Sementara ciri Miracast pula membolehkan aplikasi seperti Waze atau Google Maps daripada telefon bimbit dipaparkan di atas skrin sentuh bersaiz tujuh inci itu. Sistem navigasi tersebut dilengkapi peta Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia juga mempunyai peta semua bilik pameranTotota yang telah diprogram bagi membolehkannya dikesan dengan mudah.

Selain itu, sistem hiburan untuk tempat duduk belakang (Rear Seat Entertainment, RSE) turut ditawarkan. Para pelanggan boleh memilih RSE dengan monitor yang dipasang pada bumbung bersama pemain DVD atau monitor sahaja yang diintegrasikan dengan sistem DVD-AVN. Satu lagi aksesori yang boleh anda beli ialah pam tayar mudah alih.

Toyota-Fortuner-mekanika (1)

Sama seperti model-model lain, Fortuner hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button