Buletin

TOYOTA GR HV SPORTS CONCEPT DIPERKENALKAN DENGAN BUMBUNG TARGA DAN KUASA HIBRID

Toyota kini sedang rancak memperkenalkan model konsep terbaru mereka GR HV Concept secara atas talian jauh lebih awal dari tarikh awal yang dijangkakan iaitu hujung bulan ini di Tokyo Motor Show.

Ia dinamakan GR yang merupakan singkatan kepada Gazoo Racing dan HV pula merujuk kepada kenderaan hibrid (hybrid vehicle). Ia juga dikatakan diinspirasikan daripada model lagenda mereka, Toyota Supra dan Sports 800 yang berlumba dalam World Endurance Championship (WEC).

Secara luarannya, kereta ini seperti diasaskan dari model 86 generasi terbaru walaupun tidak diterangkan oleh pihak Toyota. Perbezaan yang jelas hanyalah pada bahagian hadapan dan belakang khususnya, lampu-lampu LED, spoiler kecil pada bahagian belakang, ekzos bahagian tengah yang disepadukan dengan diffuser belakang danbumbung berbentuk targa.

Keseluruhan bahagaian luar dikenakan dengan lapisan warna matte black selain terdapat satu skup kecil pada bahagian bonet untuk mengalirkan udara yang membantu menyejukkan enjin.

BACA: TOYOTA LANCAR SIRI KERETA SPORTS GR KE PASARAN JEPUN

Sebagaimana nama yang diberikan padanya, model ini akan dilengkapkan dengan enjin hibrid tetapi belum diperincikan sepenuhnya. Bagaimanapun kemungkinan besar kuasa enjinnya akan disalirkan ke tayar belakang menggunakan transmisi automatik. Bagaimanapun pemandu juga boleh memilih untuk menggunakan operasi manual enam kelajuan seperti biasa dengan menekan butang.

Ciri lain pula ialah seperti, sistem penghidup bebas kunci yang mampu menghidupkan enjin dengan satu tekanan pada bahagian tombol gear ala pesawat pejuang. Terdapat juga maklumat paras air, bendalir dan cas bateri dipaparkan pada sistem infotaniment yang membuatkan kereta ini kelihatan lebih cool.

GALERI:

Google ads
Back to top button