Buletin

TOYOTA GR SUPER SPORT, HANYA 20 UNIT HOMOLOGASI. KELAHIRAN SEMULA LEXUS LFA?

Selepas mendedahkan model GR Super Sport bagi perlumbaan Le Mans dalam kategori hypercar, kemungkinan besar Toyota akan melancarkan 20 unit model tersebut bagi unit homologasi perlumbaan sebanyak 20. Bagi mencari pembeli bertuah yang layak membeli model GR Super Sport ini, Toyota telah memghantar borang kaji selidik kepada bakal pembeli.

Borang kaji selidik itu bertajuk “GR Super Sport” mengandungi beberapa soalan seperti adakah mereka pernah membeli model terhad Toyota contohnya Toyota 2000GT atau Lexus LFA. Lain lain soalan termasuklah berapa kerap mereka menghabiskan masa di litar perlumbaan.

Namun malangnya borang kaji selidik tersebut langsung tidak mendedahkan spesifikasi Toyota GR Super Sport versi jalanan. Bagi unit perlumbaan, ia dikuasakan dengan enjin 3500cc susunan V6 dengan turbo berkembar serta motor elektrik yang akan memberikan kuasa pada tayar depan. Sistem hibrid ini menghasilkan 670 kuasa kuda selepas dihadkan potensinya oleh peraturan perlumbaan Le Mans.

Terdapat beberapa laporan mencadangkan bahawa jika ia tidak diselia oleh peraturan perlumbaan, besar kemungkinan enjin hibrid ini berupaya menghasilkan 1400 kuasa kuda. Kuasa ini sangat besar dan tidak mampu dikawal oleh pemandu biasa. Kemungkinan besar hanya pembeli dengan lesen Super GT sahaja yang layak membeli kereta ini.

Borang kaji selidik untuk bakal pembeli telah lama dipraktikkan oleh pengeluar bagi mencari bakal pembeli yang sesuai terutama bagi pembelian kereta prestasi tinggi. Ia akan menghalang pembeli yang kaya raya daripada sesuka hati membeli kereta prestasi tinggi hanya untuk disimpan dalam garaj.

Kereta seperti ini hanya akan dijual kepada pembeli yang benar benar layak sahaja. Ferrari dan Ford telah lama mempraktikkan amalan sebegini bagi penjualan kereta model terhad mereka. Malah terdapat klausa perjanjian jual beli yang menghalang mereka daripada menjual semula kereta tersebut di pasaran terbuka melainkan kepada pengeluar sahaja.

Besar kemungkinan apabila dijual kepada umum ia akan menjadi model halo daripada Toyota dan hierarkinya berada lebih tinggi berbanding dengan model GR Supra

Google ads
Back to top button