Buletin

TOYOTA HILUX MILD-HYBRID 2024 TIBA DI PASARAN AUSTRALIA MAC INI – HARGA SEKITAR RM167K – RM221K

Toyota Hilux mild-hybrid 2024 bakal tiba di pasaran Australia pada bulan Mac ini, dengan harga sekitar AUD54,130 hingga AUD71,530 (RM167,800 hingga RM221,739).

Hilux facelift itu menggabungkan enjin turbodiesel 2.8-liter empat silinder sedia ada dengan teknologi mild hybrid, terdiri daripada penjana motor, bateri 48 volt dan penukar DC/DC.

Teknologi mild hybrid 48V disertakan secara standard pada varian 4X4 Rogue dan SR5 double cab automatik, dan ditawarkan secara pilihan bagi 4X4 SR double cab.

Selain itu, ia ditambah dengan pemilihan Multi-Terrain Select standard dengan enam mod pemanduan boleh dipilih.

Tambahan pula, kelengkapan sistem Stop/Start berupaya membantu enjin menjadi lebih lancar selain, meningkatkan kecekapan bahan api kira-kira 6 hingga 10 peratus.

Untuk rekod, model HiLux dengan enjin 2.8 liter dan transmisi automatik pada masa ini menggunakan antara 7.5 hingga 8.1 liter setiap 100km dalam kitaran campuran.

Sebagai salah satu kenderaan tertua dalam segmennya, Hilux telah menerima penggayaan lebih segar, mendapat gril baharu, kemasan honeycomb, dan bampar hadapan yang disemak semula.

Untuk kelengkapan lainnya, bergantung pada varian, turut dimuatkan ialah dua sensor parking hadapan dan empat sensor parking belakang; pengecasan tanpa wayar serta dua port USB-C.

Seperti dinyatakan di atas, Toyota Hilux versi facelift tersedia di Australia pada Mac 2024 dan dijual dengan tanda harga antara AUD54,130 hingga AUD71,530 (RM167,800 hingga RM221,739).

Google ads
Back to top button